Mitos Dan LAgenda
Mitos daripada bahasa Greek menurut pengertian Kamus Dewan, ialah
"cerita (kisah) tentang dewa-dewa dan orang atau makhluk luar biasa
zaman dahulu yang dianggap oleh sesetengah golongan masyarakat sebagai kisah
benar dan merupakan kepercayaan berkenaan (kejadian dewa-dewa dan alam seluruhnya)."
Mitos
juga merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai
sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai
satu kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan. Ia
selalunya satu dogma yang dianggap suci dan mempunyai konotasi upacara.
Penerapan mitos dalam teks Sulalatus Salatin ini
mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Bagi golongan pemerintah, peristiwa
yang berunsur mitos ini secara umumnya dapat meningkatkan darjat dan kedaulatan
mereka. Manakala rakyat pula, unsur mitos tersebut dapat mengetengahkan mereka
tentang kehebatan dan kedaulatan raja.
1. 1. Mendidik
dan menakutkan rakyat
Dalam
waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana ada terselitnya dimana
mitos ini adalah untuk mendidik rakyat supaya rakyat sentiasa menghormati dan
taat kepada raja. Contohnya, mitos yang memaparkan Sang Rajuna Tapa menjadi
batu setelah mengkhianati Sultan Iskandar Syah menunjukkan bahawa sumpahan Seri
Teri Buana yang menyatakan bahawa rakyat yang derhaka akan “dibalikkan Allah
bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas” menjadi kenyataan. Peristiwa itu juga
dapat menimbulkan rasa takut rakyat supaya tidak mengkhianati waad tersebut.
2. 2. Menyindir
atau mengkritik raja
Peristiwa
serangan ikan todak terhadap Singapura juga dianggap sebagai mitos. Peristiwa ini
mempunyai unsur mitos adalah bertujuan untuk menyindir dan mengkritik raja dan
pembesar yang telah menzalimi rakyat. Mitos ini bertujuan untuk menyedarkan
rakyat bahawa rakyat juga perlu disanjungi, dihormati dan diterima pakai
ideanya. Contohnya, peristiwa yang menunjukkan seorang budak yang menyarankan
rakyat Singapura menggunakan batang pisang sebagai kubu untuk meredakan
serangan todak, mempunyai kelebihannya walaupun masih kecil.
3. 3. Sifat
Luar Biasa Raja
Sifat
luar biasa yang ditunjukkan dan dianggap sebagai mitos adalah apabila Raja
Suran mengembara ke dasar laut dan baginda dikatakan telah tiba di sebuah
negeri yang bernama Dika. Lalu baginda berkahwin dan terus hidup di negeri
tersebut. Hal ini telah dianggap sebagai mitos kerana ianya diluar batasan
manusia. Namun penerapan mitos yang sedemikian ada kepentingannya. Penerapan
unsur tersebut adalah untuk menggambarkan bahawa raja-raja Melayu sangat luar biasa dan berbeza daripada
manusia biasa dan oleh itu merekalah yang layak memimpin manusia lain.
Rujukan yang baik dan mudah difahami. TQ
ReplyDeleteterima kasih atas nota yang menarik dan jelas. Amat membantu.
ReplyDeleteSangat mudah untuk difahami dan sangat sesuai dijadikan sebagai nota rujukan
ReplyDeleteNota yang padat👍
ReplyDeleteInformasi yang sangat membantu untuk dijadikan bahan rujukan oleh pelajar
ReplyDeleteInfo yang menarik dan sangat membantu
ReplyDeleteRujukan yg sgt menarik dan mudah difahami...
ReplyDeletebagus
ReplyDeleteKaedah penerangan yang mudah difahami
ReplyDeleteSesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan kerana ringkas dan mudah difahami
ReplyDeleteInfo yang diterangkan menarik dan ada perkara baru yang saya belajar.
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDelete