Elegant Rose - Working In Background >

INSTRUMENTAL MELAYU

Teks Kanon Melayu Kumpulan 2 (kumpulan C)

Thursday, 31 May 2018

Mitos Dan Lagenda



Mitos Dan LAgenda

Mitos daripada bahasa Greek menurut pengertian Kamus Dewan, ialah "cerita (kisah) tentang dewa-dewa dan orang atau makhluk luar biasa zaman dahulu yang dianggap oleh sesetengah golongan masyarakat sebagai kisah benar dan merupakan kepercayaan berkenaan (kejadian dewa-dewa dan alam seluruhnya)."
Mitos juga merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan. Ia selalunya satu dogma yang dianggap suci dan mempunyai konotasi upacara.
Penerapan mitos dalam teks Sulalatus Salatin ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Bagi golongan pemerintah, peristiwa yang berunsur mitos ini secara umumnya dapat meningkatkan darjat dan kedaulatan mereka. Manakala rakyat pula, unsur mitos tersebut dapat mengetengahkan mereka tentang kehebatan dan kedaulatan raja.

1.     1. Mendidik dan menakutkan rakyat
Dalam waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana ada terselitnya dimana mitos ini adalah untuk mendidik rakyat supaya rakyat sentiasa menghormati dan taat kepada raja. Contohnya, mitos yang memaparkan Sang Rajuna Tapa menjadi batu setelah mengkhianati Sultan Iskandar Syah menunjukkan bahawa sumpahan Seri Teri Buana yang menyatakan bahawa rakyat yang derhaka akan “dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas” menjadi kenyataan. Peristiwa itu juga dapat menimbulkan rasa takut rakyat supaya tidak mengkhianati waad tersebut.

2.    2.  Menyindir atau mengkritik raja
Peristiwa serangan ikan todak terhadap Singapura juga dianggap sebagai mitos. Peristiwa ini mempunyai unsur mitos adalah bertujuan untuk menyindir dan mengkritik raja dan pembesar yang telah menzalimi rakyat. Mitos ini bertujuan untuk menyedarkan rakyat bahawa rakyat juga perlu disanjungi, dihormati dan diterima pakai ideanya. Contohnya, peristiwa yang menunjukkan seorang budak yang menyarankan rakyat Singapura menggunakan batang pisang sebagai kubu untuk meredakan serangan todak, mempunyai kelebihannya walaupun masih kecil.

3.    3.  Sifat Luar Biasa Raja
Sifat luar biasa yang ditunjukkan dan dianggap sebagai mitos adalah apabila Raja Suran mengembara ke dasar laut dan baginda dikatakan telah tiba di sebuah negeri yang bernama Dika. Lalu baginda berkahwin dan terus hidup di negeri tersebut. Hal ini telah dianggap sebagai mitos kerana ianya diluar batasan manusia. Namun penerapan mitos yang sedemikian ada kepentingannya. Penerapan unsur tersebut adalah untuk menggambarkan bahawa raja-raja  Melayu sangat luar biasa dan berbeza daripada manusia biasa dan oleh itu merekalah yang layak memimpin manusia lain.



12 comments:

  1. Rujukan yang baik dan mudah difahami. TQ

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas nota yang menarik dan jelas. Amat membantu.

    ReplyDelete
  3. Sangat mudah untuk difahami dan sangat sesuai dijadikan sebagai nota rujukan

    ReplyDelete
  4. Informasi yang sangat membantu untuk dijadikan bahan rujukan oleh pelajar

    ReplyDelete
  5. Info yang menarik dan sangat membantu

    ReplyDelete
  6. Rujukan yg sgt menarik dan mudah difahami...

    ReplyDelete
  7. Kaedah penerangan yang mudah difahami

    ReplyDelete
  8. Sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan kerana ringkas dan mudah difahami

    ReplyDelete
  9. Info yang diterangkan menarik dan ada perkara baru yang saya belajar.

    ReplyDelete