Elegant Rose - Working In Background >

INSTRUMENTAL MELAYU

Teks Kanon Melayu Kumpulan 2 (kumpulan C)

Thursday, 31 May 2018

Versi Sejarah Melayu



Berdasarkan kepada buku yang bertajuk Teks Kanon Melayu yang ditulis oleh Norazimah Zakaria, Terdapat pelbagai pusat koleksi dan kepustakaan dunia yang menyimpan sekurang-kurangnya 29 buah naskah sejarah Melayu. Terdapat pelbagai versi yang berbeza. Daripada 29 naskah, 12 buah naskah terdapat di Belanda, 11 buah di United Kingdom, lima buah naskah di Lembaga Kebudayaan Indonesia Jakarta dan sebuah naskah di Leningrad Rusia. Penelitian terhadap semua naskah ini adalah seperti berikut;
*      Terdapat dua buah naskah yang mewakili Versi T.s Raffles, iaitu di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London, Raffles MS no.18 dan sebuah lagu Cod. Or. 1704 di Perpustakaan Universiti Leiden yang didapati kurang lengkap di bahagian hujungnya.
*      Enam buah naskah dalam bentuk serpihan, tapi tindak lengkap, iaitu sebuah di Jakarta, KBG 11 Mal: sebuah di Leiden, Cod. Or. 1760, 4 buah di London, iaitu Raffles MS no. 35, 39, 68, 76.
*      Versi pendek yang diselenggarakan oleh Abdullah Munsyi, kemudian, kemudian digarap oleh T.D Siturorang dan A. Teeuw. Versi ini kemudian diusahakan oleh Dato' Madjoindo, pada tahun 1831, 1952 dan 1959. Semuanya wujud dalam enam buah naskhah, iaitu sebuah di Jakarta, Sebuah di Leninglard Rusia, 4 di Great Britain, Perpustakaan School of Oriental and African Studies. Semua versi pendek ini berakhir dengan peristiwa kematian Tun Ali Hati di Johor.
*      Dua buah naskhah salinan yang disalin dari versi pendek yang dicetak di Singapura iaitu Klinkert dan kedua-duanya disimpan di Singapura.
*      Versi panjang yang ditemui daripada 9 buah naskhah iaitu di Jakarta sebanyak 2 buah naskhah di Jakarta, sebuah naskhah di institut Leiden, dua buah naskhah di Great Britain dan 4 buah naskhah di University Bibliotheek, Leiden. Versi panjang yang dimaksdkan ialah kesemua naskhah ini berakhir dengan penyebutan episod serangan Jambi terhadap Johor pada tahun 1673.
*      Sebuah versi yang telah dipanjangkan iaitu penyalinan semula dengan pengubahan dan penukaran di sana sini) teks Sejarah Melayu dari versi panjang, lalu diperlanjutkan lagi riwayatnya sehingga ke pertengahan abad ke-19, dilakukan oleh seorang perawi dari keturunan siak. Pada masa ini, terdapat empat buah naskhah seperti ini, iaitu sebuah di Jakarta di Museum Pusat yang diberi judul Raja-Raja Melayu sahaja, dan dua buah lagi terdapat di Leiden dan diberi tajuk : Sejarah Raja-raja Melayu. Ada pihak yang gemar memanggilnya Hikayat Raja Akil atau Hikayat Siak. Sebuah naskhah lagi di perpustakaan Royal Asiatic Society, London.
*      Sebuah naskhah yang didakwa berasal dari Palembang, lalu dikatakan versi Palembang, disimpan di Perpustakaan Koninklijk Vor De Tropen, Armsterdam, dalam bentuk naskhah bertaip rumi, tetapi penyalinannya agak berkecamuk dan berbeza daripada sebarang naskhah yang tersebut di atas. Kewujudannya masih belum diketahui ramai dan belum pernah dikatalogkan.

1 comment: