Elegant Rose - Working In Background >

INSTRUMENTAL MELAYU

Teks Kanon Melayu Kumpulan 2 (kumpulan C)

Wednesday, 18 April 2018

Watak watak Pembesar Negeri


TUN PERAK
Mula dilantik menjadi Bendahara pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Memegang jawatan Bendahara di bawah pemerintahan empat orang sultan iaitu zaman pemerintahan:
Sultan Muzaffar Syah
Sultan Mansur Syah
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
Sultan Mahmud Syah.

Peranan:
(i)Sebagai ketua angkatan perang yang berani, cekap dan pintar.

a.  Menewaskan Siam.
b. Mengetuai angkatan menakluki Pahang.
c. Menyerang Pasai.

(ii) Sebagai Pegawai Kanan Pentadbiran yang cekap menjalankan tugas-tugas mentadbir Melaka.
a.   Bijaksana dalam karang mengarang.
b.  Bijaksana dalam ilmu firasat dan ramalan.

(iii) Sebagai Penasihat Sultan

(iv)   Sebagai seorang pembesar yang 'berkuasa' dalam menentukan perlantikan sultan dan bertanggungjawab menabalkan sultan menduduki takhta kerajaan.

(v)  Bendahara sebagai seorang pembesar yang berkuasa dalam menentukan perlantikkan sultan dan bertanggungjawab menabalkan menduduki takhta kerajaan.

 a.  Sebagai pembesar berkuasa dan berwibawa, Bendahara Paduka Raja mempunyai pengaruh yang besar dalam pemerintahan Melaka.

b. Bendahara Paduka Raja melaksanakan wasiat sultan untuk melantik Sultan Mahmud Syah sebagai pengganti takhta Melaka selepas kemangkatan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

(vi) Sebagai seorang pembesar yang tegas dan setia.

SERI NARA DIRAJA (TUN ALI)

Latar Belakang
Tun Ali ialah anak Mani Puriclan bersama isterinya Tun Ratna Sandari.

Penglibatan Seri Nara Diraja dalam Kerajaan Melaka.

(i)  Terlibat campur tangan dalam rampasan kuasa takhta Melaka.

(ii)  Bertindak bertentangan adat kebiasaan amalan di istana Melaka.

(III) Terlibat dalam perselisihan dan perpecahan di kalangan pembesar.

(iv) Seorang pembesar yang sangat berpengaruh.

(v) Seorang Pembesaryang bijaksana, berani dan berpandangan jauh.

Seri Nara Diraja beroleh tiga orang anak bersama isterinya Tun Kudu.
(a)  Tun Mutahir (kemudian dilantik Bendahara bergelar Bendahara. Seri Maharaja)
(b)  Tun Tahir (dilantik sebagai Penghulu Bendahara bergelar Seri Nara Diraja)
(c)  Tun Senaja (diperisterikan oleh Sultan Alau'd¬Din Riayat Syah).




TUN MUTAHIR (BENDAHARA SERI MAHARAJA)

Latar belakang:
Merupakan anak kepada Seri Nara Diraja
Saudara lelaki Tun Mutahir ialah Tun Tahir.
Bendahara Paduka Raja pernah membuat ramalan;
"Budak ini kelak menjadi Orang Besar- besar. Danpada hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tidak kekal. " (Sulalatus Salatin, hlm. 146)
Ramalan setelah melihat cahaya turun memancar dari langit di kepala Tun Mutahir pada suatu subuh.
Tun Mutahir sejak zaman remaja menceburkan dari dalam perniagaan. Perniagaan sering mendapat keuntungan. ('Adapun akan Tun Mutahir selamaya ia menyuruh mencari itu, tiada pemah rosak, maka ia menyuruh belayar juga.) (Sulalatus Salatin, hlm. 148)
Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung, bergelar Seri Maharaja. Pemerintahan Melaka ialah Sultan Mansur Syah.
Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara sewaktu Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (setelah kematian Bendahara Putih). Tun Mutahir bergelar BendaharaSeri Maharaja

Sifat-sifat Tun Mutahir:

1.     Saksama, adil, murah, terlalu balk budi pekertinya.
2.     Hubungan balk dengan pedagang- pedagang
3.     Bijaksana dalam berurus niaga
4.     Dihormati dan disanjung kerana
5.     Berani dan bijak bermain senjata
6.  Pembesar berwibawa dan sangat berpengaruh
7.  Seorang pembesar yang alim, pengetahuan tinggi dalam ilmu Islam.
8.  Kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka
9.  Tragedi hitam dalam sejarah hidup Bendahara Seri Maharaja.
Bendahara mempunyai anak perempuan yang cantik iaitu Tun Fatimah.


LAKSAMANA HANG TUAH

Latar Belakang:

Gelaran Hang Tuah diberi oleh Sultan Mansur Syah. Ketika Hang Tuah dibawa ke Melaka, usianya dalam lingkungan 12 tahun.
Bijaksana dalam bermain senjata dan ilmu hulubalang.
Sifat fizikal - segak, cerdik, perkasa dan tampan serta digilai anak-anak dara/perempuan.
Gelaran "Laksamana" anugerah sultan kerana berjaya mengembari seorang Jawa mengamuk.

Perwatakkan Hang Tuah

(i) Terlibat dalam peperangan;
(ii) Sebagai pengiring dan pengawal sultan
(iii) Sebagai Panglima Mengetuai Angkatan Perang.
(v) Seorang 'hamba' raja yang sangat setia.
Kesetiaan Hang Tuah kepada sultan Melaka tidak berbelah bagi. Hang Tuah seorang hulubalang yang amat setia, sanggup melakukan apa sahaja titah raja dan tanpa membantah atau mengancam keselamatan dirinya.
Tindakan Hang Tuah menunjukkan kesetiaan;
a.  Sanggup menentang Hang Jebat demi menjaga martabat raja Melaka. Walaupun Hang Jebat menderhaka kerana membela "kematiannya"/ membela keadilan terhadap kezaliman, namun Hang Tuah tetap menganggap tinclakan Hang Jebat Sebagai penderhakaan -> yang mesti dihapuskan.
b.  Kesetiaan Hang Tuah merawat, menjaga keselamatan Sultan Mahmud Syah ketika baginda mendapat sakit buang-buang air.

Sanggup masuk ke dalam lubang najis untuk menyelamatkan kuda kesayangan raja.


Latar Yang Terdapat Dalam Sulalatus Salatin


Latar  ialah yang berkaitan dengan waktu, lokasi, watak suasana berlakunya  sesuatu peristiwa dalam karya. Latar dalam karya terbahagi kepada tiga iaitu:
  •                          Latar tempat
  •                         Latar masa
  •                         Latar masyarakat

LATAR TEMPAT

Tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Latar tempat dalam karya-karya satera berfungsi sebagai media kepada para pelaku (watak-watak) untuk menjalankan gerak kerja mereka. Tanpa latar tepat yang sesuai, jalan cerita akan menjadi hambar dan tidak menarik.
  •      Bukit Si Guntang.

Tempat dimana tiga orang anak Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Kristina Pandita dan Nila Utama telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan  berwarna putih. Mereka telah dijumpai oleh Wan Empuk dan Wan Malini lalu ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu yang dinaiki mereka telah memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki didalamnya yang dinamai Batala.

  •  Minangkabau

Tempat dimana berlakunya peristiwa Sang Si Perba diuji kesaktiannya. Penduduk di Minangkabai mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti Mona. Sang Si Perba meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang kepada seorang hulubalang yang bernama Permasku Mambang. Beliau Berjaya membunuh ular tersebut. Namun curik itu telah sumbing dan baginda kekal berkerajaan di Minangkabau.

  • Temasik

Seri Teri Buana ingin telah keluar dari Palembang untuk membuka  negeri baru, STB telah diambi sebagai anak angkat oleh Wan Teri Beni dan menjadi raja Bintan selama 2 tahun. STB meneruskan lagi berjalanannya sehingga Temasik. Sesampainya mereka di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda rebut taufan, untuk meredakan rebut taufan tersebut, STB telah meletakkan mahkotanya di permukaan air laut. Lantas, baginda telah melihat seekor singa berada di atas bukit di Pulau Temasik itu. Namun singa itu ghaib apabila orang ramai melihatnya. STB mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu berkerajaan disitu.

  • Singapura

Selepas Tun Jana Khatib dibunuh kerana dituduh ingin menunjukkan kehebatannya kepada isteri Paduka Seri Maharaja. Singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak menyebabkan ramai rakyat Singapura terbunuh.Paduka Seri Maharaja telah menyurh rakyatnya berkubukan betis, ini menyebabkan semakin ramai rakyatnya terbunuh. Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikannya budak itu menimbulkan kerisauan dihati pembesar. Mereka encadangkan budak itu dibunuh.


LATAR MASA

Menunujukkan bila peristiwa itu berlaku, merujuk kepada zaman, era, sejarah dan musim.

  •  Dari pagi-pagi hari

Dari pagi-pagi hari lagi Seri Rakna Wikrama sudah keluar dihadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk menghadap. (halaman 53)

  •  Selang dua tahun

Selang dua tahun, datanglah peredaran dunia, maka baginda SeriTeri Buana pun mangkat, ditanamkan orang di Bukit Singapuraitu, tiada beberapa jauh dengan Wan Seri Beni ( halaman 44).


LATAR MASYARAKAT

Adalah gambaran kehidupan masyarakat yang ada di dalam karya.

1. Masyarakat yang setia

Kesetiaan Hang Tuah  kepada Sultan Melaka tidak terbelah bahagi. Hang Tuah sebagai seorang hulubalang yang amat setia, Hang Tuah sanggup melakukan apa sahaja titah raja dan tanpa membantah atau memikirkan keselamatan dirinya. Contoh peristiwa yang menunjukkan kesetiaan Hang Tuah adalah seperti berikut :

·         Sanggup menentang Hang Jebat demi menjaga martabat Raja Melaka. Walaupun Hang Jebat menentang demi membela keadilan terhadap kezaliman, namun Hang Tuah tetap menganggap tindakan Hang Jebat sebagai penderhakaan yang mesti dihapuskan.

·         Kesetiaan Hang Tuah merawat dan menjaga keselamatan Sultan Mahmud Syah ketika baginda mendapat sakit buang-buang air.


2. Masyarakat yang berwibawa

Sifat kewibawaan ini boleh dilihat melalui watak Tun Perak. Kewibawaan Tun Perak terserlah sewaktu Melaka menghadapi ancaman Siam, kecerdikkan Tun Perak mengusir Siam dan menyelesaikan masalah berhubung tuduhan-tuduhan ke atas dirinya telah menambat hati Sultan. Lalu, Tun Perak telah dilantik sebagai Bendahara.


3. Masyarakat yang cekap menjalankan tugas-tugas dalam pentadbiran Melaka.

Tun Perak sebagai bendahara cekap dan bijak dalam mengarang surat untuk dihantar ke Siam. Isi kandungannya terselit unsur diplomasi, maksud mendalam yang tersirat dan baris-baris ringkas, pendek tetapi jelas.

4. Masyarakat yang baik budi pekerti.


Sifat baik budi pekerti ini ditunjukkan melalui watak Tun Mutahir. Oleh kerana kehebatannya dalam perniagaan, Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung dan digelar Seri Maharaja. Setelah Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara. Tun Mutahir mempunyai sikap baik budi pekerti, beliau menjalinkan hubungan yang baik dan menjaga kebajikan pedagang-pedagang di Melaka sehingga namanya masyur dikalangan mereka.

Nilai dan pengajaran (Sulalatus Salatin)




1.       Berbakti kepada negara dengan memberi sumbangan tenaga untuk berkawal pada waktu malam. Kesanggupan untuk menyumbang tenaga dengan mengenepikan kedudukan demi untuk keselamatan rakyat yang diancam dengan kejadian kecurian. Sultan Alauddin Riayat Syah sanggup menyamar dan berkawal malam dengan memakai pakaian seperti pencuri bagi memudahkan beliau menangkap pencuri yang mengganas di Melaka. Jika sekiranya Sultan Alauddin Riayat Syah tidak sanggup berbakti kepada negara pasti kejadian kecurian akan lebih berleluasa dan pasti keselamatan rakyat akan tergugat. Sumbangan bakti dengan mengenepikan kedudukan akan mampu membentuk keperibadian yang mulia dan menjamin keselamatan Negara.

2.       Berbakti kepada raja dengan memberikan idea untuk menyelamatkan negara dari serangan ikan todak. kebijaksanaan yang ada pada seseorang boleh digunakan untuk menghulurkan bakti kepada keselamatan negara. Seorang kanak-kanak pintar dalam peristiwa Singapura dilanggar todak telah berbakti kepada raja dengan mengemukakan idea agar menggunakan batang pisang bagi menangkis serangan ikan todak yang sebelum ini penduduk singapura menggunakan betis. Jika sekiranya Paduka Seri Maharaja tidak menerima idea yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut pasti lebih ramai rakyat singapura akan terkorban dan ini akan menggugat keselamatan negara.Kebijaksanaan yang dikurniakan perlu dimanfaatkan untuk berbakti kepada negara agar ia dapat menyumbang untuk keselamatan negara.

3.       Berbakti kepada negara dengan menggunakan keberanian menghadapi musuh. Keberanian dalam menghadapi musuh boleh digunakan untuk menghulurkan bakti kepada keselamatan negara. Hang Tuah dengan berani menghadapi orang yang mengamuk demi menjaga keselamatan negara dari ancaman. Jika Hang Tuah tidak berani menghadapi musuh pasti dia tidak dapat menyumbangkan bakti kepada negara. Sewajarnyalah keberanian perlu digunakan dengan betul untuk tujuan berbakti kepada negara dan bangsa.

4.       Berbakti kepada raja dengan sanggup berkorban biarpun terpaksa berdepan dengan najis. Demi raja, biarpun terpaksa melakukan tugasan yang sukar dan boleh menjatuh maruah seseorang yang hendak berbakti akan sanggup melakukan apa sahaja. Laksamana Hang Tuah sanggup terjun ke dalam tangkungan najis bagi menyelamatkan kuda raja yang terjatuh dengan menambat tali bagi memudahkan orang lain mengangkatnya. Kebaktian ini dilakukan oleh mereka yang sanggup berkorban demi raja. Jika sekiranya Laksamana Hang Tuah tidak sanggup berbakti berbuat demikian pasti kuda raja akan mati dan ini akan menyebabkan raja sedih  kerana kuda tersebut sangat disayangi oleh Sultan Mansur Syah. Kebaktian dengan sanggup berkorban apa sahaja kepada raja dan negara wajar dicontohi oleh generasi hari ini.

5.       Berbakti kepada raja dengan sanggup berlawan dengan sahabat sendiri. Berbakti kepada raja dengan menghulurkan bantuan untuk berlawan dengan penderhaka yang telah menyebabkan raja terpaksa meninggalkan istana. Hang Tuah biarpun baru sahaja bebas dari pasungan dan  dalam keadaan lemah masih mahu berbakti kepada sultan untuk berlawan dengan Hang jebat yang telah menderhaka demi untuk membela kematiannya. Kebaktian Hang Tuah kepada Sultan Mansur Syah demi menjaga maruah dan nama baik sultan. Sebaliknya jika Hang Tuah tidak sanggup berbakti berlawan dengan Hang jebat kemungkinan besar Hang Jebat akan terus beleluasa dan ini akan mencemarkan nama baik Sultan Mansur Syah. Generasi muda hari ini seharusnya sentiasa bersedia untuk berbakti kepada negara dan raja walau dalal keadaan apa sekali pun. (hlm. 141)

6.       Berbakti kepada negara dalam menghadapi serangan musuh. Rasa bertanggungjawab terhadap negara akan menyebabkan seseorang sanggup berbakti kepada negara dalam menghadapi serangan musuh. Tun Perak sanggup berbakti kepada Melaka yang berdepan dengan serangan Siam dengan membawa semua penduduk Kelang termasuklah golongan wanita dan kanak-kanak. Tun Perak berbuat demikian kerana mahu berbakti kepada negara dalam mengahdapi serangan Siam. Sikap bertanggungjawab Tun Perak yang sanggup berbakti telah berjaya menyelamatkan Melaka dari serangan Siam. Generasi hari ini seharusnya sanggup berbakti demi untuk memastikan keselamatan negara dari ancaman musuh. (hlm. 89)

7.       Berbakti kepada negara dengan bekerjasama membuka negeri. Kesanggupan untuk menyumbang tenaga dengan saling bekerjasama bagi membuka sebuah negeri.Rakyat jelata sanggup bekerjasama  dengan menebas hutan belantara bagi membuka negeri. Jika sekiranya rakyat jelata tidak sanggup berbakti kepada raja dengan melakukan tugas menebang hutan pasti impian raja untuk membuka negeri baru tidak akan tercapai dan Singapura mungkintidak akan wujud. Sebagai pelajar kita perlu sanggup untuk berbakti dengan saling bekerjasama untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara. (hlm.40).

8.       Berbakti kepada raja dengan sanggup menyerahkan anak biarpun berdepan dengan risiko. Biarpun mengetahui risiko yang terpaksa dihadapi, kesanggupan berbakti kepada raja akan membuatkan seseorang sanggup mengambil risiko. Demang Lebar Daun sanggup menyerahkan anaknya untuk dikahwini oleh Sang Sapurba biarpun dia mengetahui kemungkinan anaknya akan dijangkiti penyakit kedal sebagaimana gadis-gadis lain yang berkahwin dengan Sang Sapurba. Namun dia sanggup berbakti kepada raja dengan menyerahkan anaknya untuk dikahwinkan dengan Sang sapurba. Jika sekiranya Demang Lebar Daun tidak sanggup berbakti pasti dia akan menjadi kemurkaan raja dan ini akan mengeruhkan hubungan raja dengan rakyat. (hlm. 25).

9.       Berbakti kepada negara dengan menggunakan kegagahan yang dimiliki. kegagahan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang boleh digunakan untuk berbakti kepada negara dan raja. Kegagahan luar biasa yang dimiliki oleh Badang telah dimanfaatkannya untuk berbakti kepada negara apabila dia berjaya menewaskan beberapa orang hulubalang yang gagah dalam pertarungan antara Badang dengan Nadi Bija Biakra dan Benderang. Kebaktian yang ditunjukkan oleh Badang menggunakan kegagahan yang dimilikinya telah berjaya mengangkat maruah Singapura yang memiliki hulubalang yang gagah. Jika sekiranya Badang tidak sanggup berbakti menggunakan kegagahannya pasti Singapura akan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang lemah. Kegagahan yang dimiliki oleh seseorang individu seharusnya digunakan untuk menghulurkan bakti kepada negara. (hlm. 50 – 51).

10.   Berbakti kepada raja dengan golongan pembesar membantu raja naik tahkta. Golongan pembesar mempunyai tanggungjawab untuk menabalkan seseorang raja menaiki takhta sesebuah kerajaan.Seri Nara Diraja dan pembesar-pembesar yang lain telah bekerjasama membantu Raja Kassim dalam perebutan takhta dengan Raja Rekan. Menerusi bantuan yang dihulurkan oleh bendahara akhirnya Raja Rekan berjaya dibunuh dan akhirnya Raja Kassim ditabalkan menjadi sultan dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Jika sekiranya Para pembesar tidak membantu Raja Kassim dalam perebutan takhta tersebut pasti Raja Kassim tidak dapat berkuasa, kemungkinan tercetusnya perang saudara akan berlaku. (hlm. 85-86).

11.   Berbakti kepada raja dengan sanggup berdepan dengan bahaya. Biarpun terpaksa berhadapan dengan kemungkinan akan terbunuh dengan situasi bahaya yang terpaksa ditempuhi, bakti kepada raja adalah suatu nilai kemanusiaan yang sentiasa menjadi pegangan masyarakat melayu tradisional. Sang Si Perba telah menitahkan hulubalangnya Permasku Mambang untuk membunuh ular sakti mona. Kesanggupan Permasku Mambang berbakti kepada raja telah membolehkannya membunuh ular yang berbahaya itu. Jika sekiranya Permasku Mambang tidak sanggup untuk berbakti kepada raja pasti ular mona sakti tidak akan dapat dibunuh dan ianya munkin akan mengancam keselamatan rakyat jelata. Biarpun berdepan dengan bahaya generasi hari ini sewajarnya perlu menyumbang bakti demi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dari ancaman musuh. (hlm. 28)









Organisasi Blog








Pembimbing : Profesor Madya Doktor Norazimah binti Zakaria




Disediakan Oleh :

Siti Fatihah Binti Mat Yasin
D20161073290
ISMP Kesusasteraan 

Muhamad Fadhil Bin Azlan
D20161073264
ISMP Kesusasteraan Melayu