Gaya Bahasa Sulalatus Salatin
Unsur keindahan bahasa sering ditemui dalam teks agung Melayu dan hikayat
Melayu ialah gaya bahasa. Antara beberapa contoh unsur gaya bahasa yang sering
ditemui dalam teks karya agung Melayu ialah hiperbola, simile dan
personafikasi.
Hikayat Sulalatus Salatin juga menggunakan unsur
hiperbola yang dilihat mampu menarik perhatian pembaca. Unsur ini adakalanya
dilihat sebagai sesuatu yang tidak logik tetapi unsur yang menarik untuk
dibaca. Hal ini kerana, kita dapat melihat bagaimana pengarang berjaya
mengaplikasikan unsur-unsur persekitaran dalam karya penulisan mereka. Keadaan
ini dapat dilihat seperti contoh berikut:
“Daripada kebanyakan ra’yat berjalan itu
segala hutan belantara pun habis menjadi padang, bumi pun bergetar seperti
gempa, gunung-gunung pun bergerak, runtuh kemuncaknya. Maka, segala bukit yang
tinggi-tinggi itu pun habis menjadi rata, segala sungai yang besar-besar pun
menjadi kering, jadi darat.”
(Sulalatus Salatin,15)
Tun Seri Lanang menggunakan
gaya bahasa simile dalam Sulalatus Salatin. Penggunaan unsur ini memberikan
nilai estetik yang tersendiri kepada teks tersebut. Hal ini dapat dilihat
penggunaan unsur simile yang digunakan telah menimbulkan keindahan dengan
membandingkan dengan perkara lain yang mempunyai maksut yang sama. Perkataanseperti,
bak, laksana dan bagai merupakan unsur simile. Contoh pengguna simile
adalah seperti ular berbelit-belit lakunya (Sulalatus Salatin,
175).
Selain itu, Tun Seri Lanang juga menggunakan unsur
personafikasi. Unsur ini dilihat mampu menghasilkan karya sastera lebih nyata
dan menjadikan karya ini lebih menarik untuk dibaca. Personafikasi bermaksud
pengorangan atau penginsanan. Maksunya, pengarang memerikan sifat manusia, sama
ada daripada segi perasaan, perwatakan atau tindak tanduk kepada benda-benda
mati, binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak. Kesimpulannya,
personafikasi adalah memberi watak manusia kepada bukan manusia.
Tun Seri Lanang menggunakan personafikasi bagi menggambarkan
sesautu perkara yang berkaitan dengan suasana, pemerintah atau raja-raja
Melayu, pembinaan sesuatu kerajaan, perutusan dari satu pihak kepada pihak yang
lain. Perkara-perkara ini telah menggunakan sifat yang ada pada manusia dan
dikaitkan pada unsur alam seperti haiwan, pasir, angin dan pokok. Penggunaan
unsur-unsur ini bagi menggambarkan keindahan makna sesuatu perkara supaya dapat
difahami oleh pembaca. Contohnya, maka bertemulah kedua gajah itu lalu
berperang; ... (Sulalatus Salatin, 11)
Karya Sulalatus Salatin juga mempunyai
unsur-unsur sindiran kerana budaya Melayu sering menggunakan bahasa halus untuk
menyindir seseoarang. Perkara ini lebih beradab berbanding sindiran secara
terus yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Sifat masyarakat Melayu begitu
menjaga maruah seseorang. Lantaran itu, tidak hairanlah apabila sindir-sindiran
dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Hal ini dapat dilihat melalui watak-watak
lucu seperti peristiwa Tun Mai Ulat Bulu belajar mengaji daripada Makhdum Sadar
Jahan. Dalam peristiwa ini menyindir golongan pendidik yang tidak sabar dalam
menyampaikan pelajaran kepada murid-muridnya. Pengajaran yang bersifat gopoh
ini memberik kesan kepada anak didik untuk mengikuti setiap ajaran guru.
Perancangan yang sistematik perlu dirancang supaya proses pengajaran
berlangsung dengan berkesan.
Selain itu, peristiwa Hang
Hussain Cengang melanggar adab-adab makan nasi menyindir bahawa adab itu
melanggar tuntutan Islam. Hal ini bertepatan dengan ajaran Islam yang melarang
umatnya membazir. Sulalatus Salatin mempunyai sifat kreatif dalam mengutarakan
percakapn dan menyelitkan unsur-unsur tertentu supaya percakapan mereka tidak
menyinggung perasaan orang lain secara terus. Perkara ini jelas menunjukkan
masyarakat zaman dahulu mempunyai nila-nilai kemalayuan yang tinggi jika
dibandingkan dengan masyarakat kini.
Tahniah dan sangat bermanfaat
ReplyDelete