UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS
SALATIN
1. TEKNIK
PENULISAN SULALATUS SALATIN
Mukadimmah
dimulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan
ayat-ayat alQuran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bagi
menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan,pengarang memasukkan syair Arab
dengan disertakan terjemahannya sekali. Struktur penulisan menggunakan gaya
khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat.
Penggunaan kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya
Syahbandar, alam, bahara, sahibul hikayat dan lain-lain
2. ADAT
ISTIADAT DAN PERUNDANGAN
Unsur-unsur
Islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan
Melaka. Ia meliputi : Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari
kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban.
Adat-adat seperti berkhatan. Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada
raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan
putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin
Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya
dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
3. SEJARAH
KEDATANGAN ISLAM DI PASAI DAN MELAKA
Di Pasai,
Merah Silu diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada malamnya baginda bermimpi
berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda membuka mulut. Lalu
Rasullullah meludahi merah Silu. pada keesokannya badannya berbau narawastuBaginda
dapat membaca al-Quran tanpa diajar, kemudian menukar namanya kepada Sultan
Malikul Salleh. Selain itu, peristiwa di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi
melihat Rasulullah. Rasulullah meminta baginda mengucap dua kalimah syahadat
dan meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja Muhammad. Keesokan
harinya didapati badannya berbau narawastu . Baginda dapat membaca al-Quran. Mimpi
baginda menjadi kenyataan dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke
pantai Melaka dan beliau bersembahyang di situ. Tujuan kedatangan Islam ini bertujuan
untuk mengagungkan Islam sekaligus memberi gambaran bahawa Islam benar-benar
berkembang di Melaka bermula di istana Melaka dan terus berkembang di kalangan
rakyat. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah. Gelaran
Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam.
4. PENYEBUTAN
DAN PENONJOLAN TOKOH-TOKOH ISLAM
Tokoh Iskandar
Zulkarnain adalah pahlawan Islam yang terkenal gagah berani dalam menaikkan
martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja
Melaka bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang
disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh
pendakwah Islam,ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka bertujuan untuk
mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam yang berpusat di istana
Melaka.Tokoh-tokoh tersebut seperti : Syed Abdul Aziz Maulana Abu Bakar Kadi
Yusuf Maulana Sadar Jahan. Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan
pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam
soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
5. KARYA-KARYA
KESUSASTERAAN ISLAM
Istana Melaka
meyimpan karya-karya sastera Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal iaitu
Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah Hikayat-hikayat ini dibaca
oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang
musuh/Peringgi. Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair. Penggunaan
puisi Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai
estetika pada teks tersebut. Contohnya menggambarkan keadaan Sultan Mahmud Syah
ketika melihat kecantikan Tun Fatimah.
6. PENDIDIKAN
DAN PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMAN
Istana
digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya Pasai sebagai
pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie. Istana merupakan
pusat pengajaran Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut
ilmu. Ulama-ulama,guru-guru agama dan pendakwh berkumpul di istana. Contohnya
Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar
tasawuf. Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh
Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar
kitab itu. Utusan Melaka ke Pasai menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu
Islam.
UNSUR-UNSUR SEJARAH DALAM
SULALATUS SALATIN
1. SALASILAH
RAJA-RAJA MELAYU
Sejarah Melayu atau Sulalatus
Salatin turut dikenali sebagai peraturan segala raja-raja. Karya ini turut
menceritakan tentang salasilah Raja-Raja Melayu Melaka. Menurut seorang sarjana
Inggeris Roolvink, Sejarah Melayu ini asalnya dari Sulalatul Salatin yang
bermakna salasilah raja-raja. Berdasarkan kenyataan ini, Sulalatul Salatin itu
dahulunya merupakan daftar keturunan raja-raja yang lengkap dengan tarikh
lahir, ditabalkan dan mangkatnya (Muhd Mansur Abdullah, 1988:198).
Sultan Muzaffar Syah yang
telah memerintah lebih kurang tiga belas tahun. Baginda mangkat pada tahun
1459M dan telah digantikan oleh putera sulung baginda yang bernama Raja
Ibrahim. Antara sebab pengarang mengaitkan keturunan raja-raja Melayu Melaka
dengan Raja Iskandar Zulkarnain kerana beliau merupakan tokoh lagenda dan
sejarah serta dikaitkan dengan agama Islam. Walau bagaimanapun, keturunan
raja-raja Melayu Melaka adalah satu fakta sejarah walaupun disaluti dengan
unsur-unsur mitos.
2. NAMA-NAMA
TEMPAT
Unsur-unsur sejarah nama tempat
turut terdapat di dalam karya Sejarah Melayu. Nama tempat yang dikarangkan oleh
Tun Seri Lanang nyata wujud sehingga ke hari ini. Negeri-negeri yang menjadi
tumpuan perbincangan Tun Seri Lanang itu sejajar dengan kedudukan raja-raja
berasal dari pahlawan dan yang berdaulat. Sejarah Melayu menceritakan tentang
pembukaan tempat atau negeri seperti Melaka, Pasai dan Singapura.
Di dalam cerita berhubung
pembukaan negeri Pasai, nama samudera dikisahkan lahirnya daripada kewujudan
semut yang amat besar. Yusoff Iskandar mengatakan peristiwa pemberian nama
Pasai dari nama seekor anjing, Si Pasai dan terjumpanya seekor semut besar (samudera)
di mana tempat tersebut di panggil Samudera kemudiannya.
Di dalam Sejarah Melayu juga,
Temasik telah digantikan namanya menjadi Singapura berdasarkan kepada nama
binatang singa yang amat gagah tubuhnya yang dilihat oleh Sanh Nila Utama.
Namun, menurut Hsu Tun Tsio tentang asal usul Singapura dinamakan, adalah
kerana terlihatnya seekor yang maha tangkas lakunya, merah warna tubuhnya,
hitam kepalanya, dan putih dadanya, dan sikapnya terlalu pantas dan perkasa,
besar sedikit daripada kambing randok, kononnya ia adalah binatang singa, maka
dinamakanlah tempat itu sebagai Kota Singa.
3. STRUKTUR
MASYARAKAT
Sejarah Melayu juga mempamerkan
gambaran tentang struktur masyarakat Melaka yang terdiri daripada
berbagai-bagai peringkat dan golongan masyarakat. Antaranya termasuklah
masyarakat dari golongan pemerintah dan kerabat-kerabat diraja, yang
kemudiannya diikuti oleh golongan pentadbir-pentadbir yang terdiri daripada
pembesar-pembesar yang menduduki kelompok bangsawan Melayu.
Golongan dalam kalangan ulama turut menduduki taraf istimewa di sisi kerajaan
Melaka. Walaupun mereka bukan sebahagian daripada keluarga istana, namun ramai
antara para ulama ini mempunyai hubungan rapat dengan raja-raja Melaka.
Golongan yang dianggap paling rendah sekali kedudukannya dalam struktur
masyarakat pada masa itu ialah hamba abdi.
Disamping itu, orang-orang asing
juga digambarkan oleh Tun Seri Lanang berdamping rapat dengan istana Melaka.
Ramai di antara mereka ialah saudagar-saudagar Keling seperti Nila Sura Dewana,
Kitul, Aki Manu Nayan yang menjadi seorang pedagang dan seorang saudagar Keling
yang paling kaya, juga menjadi Syahbandar, iaitu Raja Mendaliar. Terdapat juga
orang jawa yang mempunyai kedudukan yang sama ialah Patih Adam iaitu seorang
pangeran dari Surabaya.
4. TOKOH
BERSEJARAH
Sejarah Melayu mempunyai
watak-watak yang merupakan tokoh sejarah. Hal ini dapat dibuktikan dengan
melihat pada asal usul keturunan raja-raja Melaka. Pada dasarnya, menurut
beberapa orang sarjana sejarah dan sastera, unsur-unsur lagenda yang digunakan
berhubungan dengan asal usul keturunan raja-raja Melaka ini dibina dari fakta
sejarah yang sebenarnya. Menurut Yusoff Iskandar dalam buku yang
diselenggarakan oleh Zahrah Ibrahim, Raja Iskandar Zulkarnain adalah watak dan
tokoh bersejarah sebenar Iskandar Agung (Alexendar The Great) dari negeri
Mekadonia (Babylon).
Baginda dikatakan pernah menakluk
seluruh Asia Tengah dan Timur Tengah hingga ke Utara India. Raja Suran
sebenarnya adalah tokoh bersejarah Raja Rajendra Chola iaitu seorang raja dari Selatan
India yang dibuktikan oleh sebuah batu bersurat di Tanjore, India yang pernah
menakluk beberapa daerah persisir pantai Semenanju8ng Tanah Melayu hingga ke
Selatan ke arah Genggayu yang sekarannya dipercayai sebagai Hulu Sungai Johor
sekarang, lalu mengalahkan Empayar Srivijaya di sekitar abad ke-11 dan 12
Masihi.
5. HUBUNGAN
DIPLOMATIK
Melaka merupakan pusat tumpuan
pedagang-pedagang yang melalui Selat Melaka. Melaka adalah pusat perdagangan
utama pada ketika itu dan barang dagangan yang paling utama adalah rempah
ratus. Antara pedagang-pedagang yang berdagang di pelabuhan Melaka adalah
seperti pedagang Arab, China, Siam, Jawa,dan lain-lain. Oleh itu, untuk
mengukuhkan Melaka sebagai pelabuhan utama di Selat Melaka, kerajaan Melaka
ketika itu turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara ini.
Kebanyakan negara-negara ini
menghantar ufti sebagai tanda mengakui kedaulatan kerajaan Melaka dan ada juga
negeri yang menghantar ufti sebagai tanda negeri tersebut di bawah jajahan
takluk kerajaan Melaka (Zahrah Ibrahim, 1986:70). Contohnya kerajaan Siam telah
menganugerahkan seorang puteri yang bernama Onang Minang Lang kepada Tun
Telanai yang dihantar oleh Sultan Mansor Syah sebagai utusan untuk menjalinkan
hubungan diplomatik dengan Siam. Penganugerahan ini diberi kerana Tun Telanai
dan rombongannya telah Berjaya menolong Raja Siam mengalahkan negeri jirannya
.Sebagai balasan kepada kerajaan Melaka, Raja Siam membalas utusan Melaka
dengan mengirim surat dan hadiah tanda persahabatan.
Jalinan hubungan diplomatik
kerajaan Melaka dengan Negara China merupakan hubungan diplomatik yang paling
penting. Hubungan ini kekal hingga ke hari ini. Hubungan kerajaan Melaka dengan
kerajaan China bermula setelah kerajaan China menghantar utusan ke Melaka
dengan membawa bingkisan jarum sarat sebuah pilau (kapal) untuk menunjukkan
bilangan penduduk China yang ramai.
6. SEJARAH
ADAT ISTIADAT DAN KEBUDAYAAN
Kebudayaan masyarakat Melayu
turut digambarkan oleh pengarang Sejarah Melayu sebagai pengetahuan kita.
Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat Melayu purba di Melaka
seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning, adat menyambut
bulan Ramadhan dan lain-lain. Terdapat beberapa adat antaranya adalah adat yang
sebenar-benar adat iaitu adat yang betul-betul berteraskan islam itu sendiri,
tetapi sebelum kedatangan islam banyak dipengaruhi oleh hindu dan budha, namun
apabila islam telah timbul, maka apa yang bertentangan dengan islam
diketepikan.
Yang kedua adalah adat yang
diiadatkan iaitu adat yang berteraskan adat yang sebenar-benar adat. Yang
ketiga adalah adat yang teradat iaitu adat yang dicipta oleh pemimpin itu
sendiri iaitu raja. Seterusnya, adat istiadat iaitu peraturan-peraturan yang
biasa dilakukan setiap hari, setiap ketika yang ada dalam istana dan luar
istana. Akhir sekali ialah adat resam iaitu adat yang diamalkan oleh masyarakat
tersebut.
Hubungan individu dalam kalangan masyarakat turut digambarkan oleh pengarang.
Rasa hormat-menghormati juga terdapat dalam kalangan mereka. Seorang rakyat
biasa umpamanya tetap mematuhi perintah ketua atau pembesar di atasnya. Hal ini
digambarkan tatkala mengetahui bahawa Bendahara Tun Mutahir akan dibunuh oleh
Sultan Mahmud Syah, pengikut-pengikut beliau cuba menentang pembunuhan ini.
Tetapi penentangan tersebur dilarang oleh Tun Mutahir kerana perbuatan itu
disifatkan oleh beliau sebagai menderhaka kepada Sultan. Pengikut-pengikut ini
kemudiannya tidak jadi menentang.
Selain itu, seorang ulama juga
sangat dihormati sehingga sultan Melaka sendiri menghormatinya. Hal ini berlaku
apabila guru baginda Sultan Mahmud Syah iaitu Maulana Yusoff enggan membenarkan
baginda mengadap guru tersebut dengan menunggang gajah, dan akhirnya baginda
mematuhi kehendaknya.
Masyarakat Melayu begitu kaya
dengan budaya dan budi bahasanya. Hal ini digambarkan oleh Tun Seri Lanang di
dalam Sejarah Melayu. Adat Istiadat diraja juga dikarang oleh Tun Seri Lanang
bagi memperlihatkan kedaulatan Raja-Raja Melayu .Oleh hal yang demikian,
Sejarah kebudayaan masyarakat Melayu turut dipaparkan di dalam Sejarah Melayu
bagi tatapan masyarakat dewasa ini.
UNSUR KEMANUSIAAN DALAM SULALATUS
SALATIN
KEMANUSIAAN YANG POSITIF
(MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)
1. Raja
dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil
dan bijaksana.
Terdapat
beberapa Raja dan golongan pembesar yang mengutamakan tanggungjawab dan amanah
sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.
Antara Sultan
Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i. Sultan
Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut tentang sifat baginda sebagai; "terlalu
baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di
dalam alam ini tiada sepertinya pads zaman itu."
ii. Sultan
Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan
bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar sebagai rakyat biases bagi
mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar
negeri dengan tujuan mengatasi masalah kecurian di Melaka.
iii. Raja
Kecil Besar juga seorang pemerintah yang digambarkan sebagai "Terlalu
adil baginda pada memelihara segala rakyat lagi dengan murahnya". (SM,
hal. 83)
2. Sifat dan
kelakuan Berbudi Bahasa
Bendahara
Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa. Walaupun dia
mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya kerana enggan menolong
Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu
enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila ditanya
oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah
sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Bendahara
Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang memohon maaf dan sujud di
kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah;
3.
Berjasa
dan Berbakti :
Dalam konteks
pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi
tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai
pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan
akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan,
barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan
gelaran-gelaran tertentu.
3.1. Jasa
bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka. Tun Perak
memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat
kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menyelamatkan Melaka tanpa
pertumpahan darah telah mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan
Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran
Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun Peraklah yang
sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah ayahandanya
Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja
sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas takhta) maka
jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
3.2. Jasa
bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah
seorang panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada
rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguhpun beliau telah
diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu
yang taat dan berpegang teguh pada konsep "pantang Melayu
menderhaka pads rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksanakan
segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap
sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang Jebat
menderhaka kerana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah mengembalikan
maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah
Melayu mencatatkan;
3.3. Jasa
bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang
pergi ke Siam kerana berhasil menjalinkan hubungan baik antara Melaka dan Siam
mendapat penghargaan Sultan;
4. Sifat
bertimbangrasa atau diplomasi
Sifat ini jugs
sangat jelas dalam beberapa tindakan yang dibuat terutamanya oleh pihak
pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau tindakan. Dengan wujudnya sifat
kemanusiaan yang murnii ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan kemusnahan
dapat dihindari.
4.1. Raja
Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida Hindi telah
bedaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga
dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan
dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai
kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri
yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan,
Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan
membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
4.2. Keputusan
yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu
adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan persengketaan dua
orang pembesar yang berpengaruh di Melaka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan
yang sekaligus mengorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan kerajaan
dibawah pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar
dalam survival politik Melaka seterusnya. Kerana hasil
daripada sifat bagindalah telah mententeramkan pergolakan dalaman yang
seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan pembesar dan pengikut
daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak Seri Nara Diraja). Malah
dengan keputusan yang penuh diplomasi itu juga telah memberi
"laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkelibar iaitu
Tun Perak untuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas terbukti daripada
peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak sewaktu
memegang jawatan tersebut.
4.3. Sultan
Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat
keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan baginda,
telah memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah memberi
kesedaran kepada pembesar‑pembesar negeri yang bertanggungjawab dalam soal-soal
keselamatan untuk bekerja dengan lebih bersungguhsungguh bagi mengembalikan
keamanan dan menjamin keadaan aman berpanjangan dengan menguatkuasakan
undang-undang dan hukuman. Tindakan yang tegas dan peraturan yang sistematik
telah dilaksanakan pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah bagi
menjamin raja-raja di negeri jajahan Melaka tidak menggunakan kuasa secara
berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu melaksanakan pemerintahan dengan
penuh keadilan dan saksama.
4.4. Sultan
Mahmud Syah walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak
berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang
semakin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimbangan yang lebih wajar.
Di waktu usianya semakin bertambah, baginda telah insaf dan
timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat
seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan perbincangan
dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah
apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri
yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakandanya. Baginda juga amat
menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga
yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, baginda turun dari
takhta clan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Keimanan
dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam.
Dengan mengamalkan sifat ketakwaan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam
Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal
keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-episod seperti ;
5.1. Raja dan
pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari
Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada
Makhdum Sadar Jehan.
5.2. Kerajaan
Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan hukuman
mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang melakukan
kesalahan mencuri.
5.3. Raja-raja
Melaka memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai suatu tuntutan
sifat-sifat yang mulia, terpuji di sisi agama Islam.
Menarik
ReplyDelete