Elegant Rose - Working In Background >

INSTRUMENTAL MELAYU

Teks Kanon Melayu Kumpulan 2 (kumpulan C)

Thursday, 31 May 2018

Latar Tempat/Masa/Suasana/Masyarakat.


LATAR TEMPAT/MASA/SUASANA/MASYARAKAT.

1. Negeri Kida Hindi
Negeri ini penting dikenali kerana menjadi jajahan takluk Iskandar Zulkarnain ketika hendak melihat negeri Matahari Terbit. Iskandar Zulkarnain telah berkahwin dengan puteri Shahrul Bariah. Lalu lahirlah keturunan raja melaka sehinggalah pemerintahan Raja Suran. Raja Suran dikatakan mewarisi sifat Iskandar Zulkarnain yang hebat dalam peperangan dan penakluk yang hebat. Setelah ditipu oleh orang-orang China, barulah kegiatan penaklukan bertukar kepada penerokaan negeri bawah laut. Raja Suran telah turun ke dalam laut dengan peti kaca berpesawat. Rajanya bernama Aktabul Ard, dari kaum Bu Sum yang rakyatnya separuh kafir dan separuh Islam. Seterusnya, perkahwinan Raja Suran dengan puteri Mahtabul Bahri telah melahirkan tiga orang putera Nila Utama, Nila Pahlawan dan Krisyna Pendita.

2. Bukit Siguntang Mahameru.
Negeri ini adalah tempat mula-mula tiga orang putera Raja Suran mendarat dengan menggunakan kenderaan seekor lembu dari negeri bawah laut. Kehadiran mereka telah menyebabkan persekitaran Bukit Siguntang menjadi bercahaya pada waktu malam. Setelah diperiksa oleh Wan Empuk dan Wan Malini, didapati kawasan perhumaan mereka telah berubah dimana pokok padinya bertukar sifat. Pokok padi telah berbuahkan emas, berbatangkan perak dan daunnya suasa. Pertemuan tiga anak raja dengan Demang Lebar Daun telah menjalin hubungan baik antara golongan raja dan rakyat. Peristiwa perkahwinan putera Raja Suran dengan anak Lebar Daun telah melahirkan sebuah Waad atau perjanjian antara pihak raja dan rakyat. Setelah perjanjian, maka tiga orang anak raja ini telah menjadi raja di tempat masing-masing iaitu di Tanjung Pura, Minangkabau dan Singapura. 

3. Singapura
Nila Utama telah membuka Singapura dan menjadi raja di sana bergelar Seri Teri Buana. Peristiwa pembukaan Singapura bermula dengan perkembangan negara berkenaan yang sangat hebat. Terdapat cerita hubungan Singapura secara anakronisme dengan Majapahit. Singapura sangat hebat terutama dalam peristiwa tatal kayu dan kepala budak ditarah. Seterusnya Badang yang telah makan muntah hantu menjadi kuat dan menjadi lambang kekuatan Singapura. Cerita perkembangan Singapura terhenti sebentar apabila buku ini menyelitkan peritiwa di Semundera Pasai yang bermula dengan kisah pembukaan negeri berkenaan. Setelah cerita Semundera Pasai tamat, kisah dalam Sejarah Melayu telah kembali semula ke Singapura. Pada kali ini kisah di Singapura lebih menjurus kepada faktor-faktor kejatuhan pemerintahan. Kisah bermula dengan Pembunuhan Tuan Jana Khatib, Singapura dilanggar todak dan pembunuhan anak Sang Rajuna Tapa. Pemerintahan Sigapura berakhir dengan kedatangan tentera Majapahit yang dijemput oleh Sang Rajuna Tapa serta tentera Singapura yang kelaparan kerana beras disorokkan. Pintu kota dibuka dan Singapura alah. Sang Rajuna Tapa dan keluarga menjadi batu dan raja Singapura melarikan diri ke Johor.

4. Semundera Pasai
Pembukaan negeri dengan kisah Merah Silu menahan lukah dan mendapat cacing gelang-gelang. Cacing gelang-gelang direbus dan menjadi emas. Peristiwa semut besar menyebabkan nama tempat Semundera dan anjing yang menyalak bernama Pasai meneybabkan nama tempat bernama Pasai. Kemudian berlaku kisah Merah Silu memeluk Islam dan bertukar nama menjadi Sultan Maliku Saleh. Maliku Saleh meninggal dan dua orang anak baginda dilantik menjadi pemerintah Semundera dan Pasai. Mereka ialah Maliku Mansur dan Maliku Tahir. Berlaku kisah Maliku Tahir ditawan oleh raja Shahrun Nuwi dan dijadikan gembala ayam. Kemudian berlaku kisah Maliku Mansur mengambil seorang dayang Maliku Tahir ketika melawat adindanya (Maliku Tahir yang tiada di istana kerana telah diculik) Maliku Tahir telah diselamatkan oleh mangkubuminya Sidi Ali Ghiatuddin dengan cara menyamar sebagai saudagar arab yang mampu memberi hadiah istimewa.  Apabila kembali ke Pasai, baginda telah mendapati dayangnya telah diambil, maka beliau telah merancang untuk menangkap Maliku Mansur. Akhirnya Sidi Asma Yaumiddin ditangkap dan dipancung. Sultan Maliku Mansur pula dibuang negeri. Akhirnya ketika Maliku Mansur dipanggil kembali dari buangan, baginda telah meninggal dunia di atas kubur Sidi Asma Yumiddin di suatu tempat bernama Padang Maya.

5. Melaka.
kisah Pembukaan Melaka. Kisah Raja Melaka memeluk Islam. Kisah Pemerintahan Sultan Muhammad Syah. kisah Pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Kisah Pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kisah Pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah. Kisah Pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Kisah Kejatuhan Melaka ditangan Portugis.


Plot Dan Peristiwa: Peristiwa Dan Jalinannya, Jenis Plot, Perkembangan Plot


PLOT DAN PERISTIWA: PERISTIWA DAN JALINANNYA, JENIS PLOT, PERKEMBANGAN PLOT

PERISTIWA DALAM BAB 1
Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah. Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluk. Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China. Bagindamenewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga. Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu. Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China. Raja Suran turun ke laut dan sampai di bumi Dika dan baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard. Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri danmewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.

PERISTIWA DALAM BAB 2
Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, NilaUtama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar ke dunia menaiki lembu putih. Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa. Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja Suran. Lembu putih kenaikan anak-anak Raja Suran memuntahkan buih lalu keluar dari buih itu seorang lelaki, yang diberi nama Batala. Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang. Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak kedal. Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat. Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan. Seri: Teri Buana teriihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu. Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air. Seri Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.

PERISTIWA DALAM BAB 3
Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untukmeminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar. Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Paduka Seri Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang. Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang". Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit. Terjadi peperangan antara Singapura dengan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah. Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama. Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan hantu.  Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan muntahhantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya. Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari. Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja. Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing geiang-gelang. Apabila direbus, cacing geiang-gelang itu bertukar menjadi emas. Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya. Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Sallehmendapat dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur. Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya. Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur. Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi.  Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa pulang. Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din. Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha untuk menangkapnya. Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur. Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung. Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya. Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana bagindamenyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri. Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.




PERISTIWA DALAM BAB 4
Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana raja, beliau menilik batang pinang sehingga terbelah dua. Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di depan isteri baginda. Tuan Jana Khatibdibunuh dan badannya ghaib ke Lengkawi. Todak menyerang Singapura dan ramai rakyat mati. Seorang budak mencadangkanagar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan menghasilkan kejayaan. Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti. Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah. Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia membantu Majapahit. Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu. Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk. Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan.  Peristiwa itu dilihat dari bawah pokok Melaka. Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda. Raja Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya digantikan pula oleh Raja Kecil Besar seiepas kemangkatan Raden Tengah. Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan penduduk Melaka. Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka. Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang anakiaitu Raja Kassim. SultanMuhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat seorang anak iaitu Raja Ibrahim. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana. Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh. Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya. Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.

PERISTIWA PENTING DALAM BAB 5
Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam. Tun Perak membawa angkatan dari Keiang bersama anak isteri mereka sekali. Awi Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat menewaskan Melaka. Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik menjadi menteri.  Rakyat Melaka berpecah belah; satu berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka. Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari.  Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam. Tuan Saidi Arab memanah Cau Panden dari  Melaka . Cau Panden yang hendak menyerang Melaka mati di Siam. Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melakamenyerang Indera Pura. Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta  Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.

PERISTIWA DALAM BAB 6
Seorang penyadap menjumpai seorang budak hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya. Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesumamemilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit. Penyadap  membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi. Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami. Penyadap  menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada. Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap. Sultan  Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma. Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian. Tun  Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka. Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah. Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan Hang  Tuah dibunuh. Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun. Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat. Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah China. Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.

PERISTIWA DALAM BAB 7
Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat. Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang. Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat. Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja menjaga anak-anaknya. Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir. Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja. Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar. Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala, Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara ditawan. Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara. Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tidak ada yang  menyembah Raja Muhammad di Melaka. Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung Tanah. Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki. Orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki. Mauiana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah agamadan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.

PERISTIWA DALAM BAB 8
Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng danberanak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah tewas berperangdengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka. Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula. Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa. Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan.  Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Bendaharamemuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untukmeminta maaf. Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka. Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat.  Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah. Melaka diancam pencuri sehingga Sultan Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri. Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.  Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang mencuri dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai. Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan Melaka menghalang orang-orang Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru. Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka. Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu dan menitahkanpahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.

PERISTIWA DALAM BAB 9
Tun Jana Pakibul membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka. Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan  Alaud'Din Riayat Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau kerana beliau masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat. Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya. Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya. Kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan jangan mendengar fitnah. Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih. Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid. Sultan  Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja. Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya. Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala,  Seri Maharaja menyerang Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.

PERISTIWA DALAM BAB 10
Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara. Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adammenuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya. Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinangPuteri Gunung Ledang. Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan niatbaginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkandarah anakanda baginda.:Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri. Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi. Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali. Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik kain yang diingini baginda. Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.

PERISTIWA DALAM BAB 11
Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda. Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah. Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka.  Hang Nadimberjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut. Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut. Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah. Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka. Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat.   Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna.  Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.

PERISTIWA DALAM BAB 12
Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang. Orang-orang Melaka menyiapkan kubu pertahanan di Pahang.  Terjadi peperanganantara orang Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan. Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara. Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana.  Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat. Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka. Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka. Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi  beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab. Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.

PERISTIWA DALAM BAB 13
Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud. Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah melihat kecantikan Tun Fatimah. Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau. Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka. Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah petang. Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul. Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emaskepada Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar. Raja Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka. Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memangberdendam dengan Bendahara kerana  Tun Fatimah. Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Alidibunuh oleh Sultan Mahmud. Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur. Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud. Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.

PERISTIWA DALAM BAB 14
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapiserangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal. Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana  Peringgi akan menyerang lagi. Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan diri hingga ke Pahang. Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar. Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah. Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.

PERISTIWA DALAM BAB 15
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang danberkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut. Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur. Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.


Pengaruh Teks Sejarah Melayu Yang Lain Seperti Hikayat Melayu,Tuhfat Al-Nafis San Sebagainya.


PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU YANG LAIN SEPERTI HIKAYAT MELAYU,TUHFAT AL-NAFIS SAN SEBAGAINYA.

Teks Sulalatus Sulatin membawa impak yang besar terhadap penubuhan sejarah-sejarah baharu iaitu Hikayat Melayu,Tuhfat al-Nafis,Hikayat Raja-raja Pasai,Merong Mahawangsa,Hikayat Pahang,Hikayat Patani,Bustan al-Ariffin dan banyak lagi.Apa yang dapat dikonklusikan ialah teks Sulalatus Salatin ini merupakan teks karya yang mengenai kebangkitan,kegemilangan dan juga zaman kejatuhan melayu Melaka pada ketika itu. Secara jelasnya bahawa teks sejarah Sulalatus Sulatin ini menjadi tonggak utama kepada penubuhan sastera sejarah yang lain. Sebagai contohnya kita dapat lihat Hikayat Raja-raja Pasai yang dimana pengarangnya ialah . Teks ini menceritakan tentang keagamaan untuk menceritakan kepada masyarakat tentang pengislaman raja-raja  melayu di Melaka.Contoh yang seterusnya pula kita dapat lihat dalam kepengarangan teks Tuhfat al-Nafis yang ditulis oleh Raja Ali al-Hafi dimana kisah ini diambil rujukannya daripada Sulalats Salatin dan menceritakan lebih terperinci tentang kesultanan Riau-Lingga dan buku ini juga ditulis pada tahun 1885(abad 18-19). Dalam penubuhan teks-teks lain yang menggunakan Sulalatus Salatin sebagai rujukan akhirnya membuahkan hikayat-hikayat baru.Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk merungkaikan jurai-jurai keturunan  raja pada masa itu,membincangkan tentang pembukaan negeri Melaka,sejarah pengislaman yang berlaku di Melaka dan juga kejatuhan empayar Melaka.Kemunculan teks-teks baharu ini diinspirasikan oleh teks Sejarah Melayu dimana teks ini menceritakan tentang susur galur raja-raja Melayu pada dahulukala.Namun begitu,walaupun berlaku perubahan dalam empayar sesebuah kerajaan,tetapi susur galur raja-raja tetap dikekalkan agar dapat menjaga martabat dan daulat raja-raja melayu.


Watak Dan Perwatakan: Jenis Watak, Peranan Watak, Perwatakkan


WATAK DAN PERWATAKAN: JENIS WATAK, PERANAN WATAK, PERWATAKKAN (LATAR DAN SEJARAH WATAK, SIFAT DALAMAN, SIFAT LUARAN)

RAJA
1.       Raja Iskandar Zul-Karnain
§  Anak kepada raja Darab
§  Keturunan Rom
§  Memerintah negeri bernama Makaduniah
§  Bergelar Raja Iskandar Zul-Karnain
§  Seorang pahlawan yang berani dan masyhur
§  Seorang raja yang adil dan bertimbang rasa

2.       Sultan Muzaffar Syah
§  Raja Kassim, anakanda kepada Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati.
§  Sultan Muzaffar Shah (1445 - 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan.
§   Seorang pemerintah yang bijaksana dalam menghadapi serangan musuh.
§  Seorang yang adil dan tidak pentingkan diri sendiri.

3.       Sultan Mansur Syah
§  Nama sebenar Raja Abdullah
§  Bijak dalam menjalankan pemerintah dan peluasan wilayah
§  Adil dalam memerintah dan dibantu oleh Tun Perak


4.       Sultan Alauddin Riayat Syah
§  Nama sebenar Raja Hussain
§  Mementingkan keamanan negeri Melaka
§  Seorang yang berani dalam peristiwa membanteras pencuri
§  Seorang yang adil

5.       Sultan Mahmud Syah
§  Seorang sultan yang bersikap tidak adil dan zalim dalam pemerintahan
§  Seorang raja yang tamak dan mementingkan diri sendiri
§  Berlaku kejatuhan dalam pemerintahan
§  Mempunyai ramai isteri



6.       RAJA SURAN
§  Puteri kepada Tersi Berderas dan puteri Raja Sulan dari negeri Amdan Negara.
§  Memerintah negeri Amdan Negara
§  Seorang raja yang sangat masyhur dan agung.
§  Raja yang gagah perkasa.Ketua angkatan perang yang gagah berani menawan negeri Gangga Negara
§  Raja yang kuat semangat , berani dan tidak gentar berperang walaupun negeri yang lebih besar dan kuat. Hajat serang negeri China.
§  Seorang raja berfikiran jauh, mengambil kira keadaan masa depan angkatannya dan membatal kan hajat menyerang negeri China kerana terlalu jauh mengambil masa yang lama
§  Raja yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang tajam serta proaktif Ingin meneroka dunia bawah laut, meneroka misteri kehidupan aam diluar daripada kemampuan pemikiran rakyat biasa.
§  Sifat istimewa kerana dikurniakan sifat-sifat supernatural. Boleh hidup dalam dunia dataran dan dunia bawah laut, berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri di kurniakan 3 putera iaitu Nila pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama
§  Memiliki kesaktian.. Boleh berhubung dengan makhluk halus seperti jin dan peri. Misalnya mendapat pertolongan Raja Jin Asmaghiah Peri membawa ketiga tiga putera baginda keluar dari negara bawah laut
§  Contoh lain , Raja Suran mendapat tiga buah mahkota daripada perbendaharaan Nabi Sulaiman 'alaihis-salam, menaiki kuda Farasu'l-Bahri kembali ke dunia daratan


PEMBESAR

1.         Tun Perak
§  Anak bendahara Seri Wak Raja
§  Seorang yang bijaksana
§  Seorang yang taat dan setia pada perintah sultan
§  Seorang yang merendah diri
§  Seorang pegawai kanan pentadbiran yang berani, cekap dan pintar.

2.         Hang Tuah
§  Asal keturunan anak raja Bajung
§  Nama asalnya Daeng Mempawah
§  Seorang yang sangat berani
§  Seorang yang taat dan setia pada arahan sultan
§  Seorang yang bijaksana dalam menghadapi musuh

3.         Seri Nara Diraja (Tun Ali)
§  Tun Ali ialah anak Mani Puriclan bersama isterinya Tun Ratna Sandari (Puteri Seri Nara Diraja). Adiknya Tun Ratna Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah –> lahir putera Raja
§  Terlibat campur tangan dalam rampasan kuasa takhta Melaka. Pembesar terpenting (orang kuat) membantu Raja Kasim dalam rancangan merampas takhta Melaka yang dikuasai oleh Raja Rekan. Rampasan kuasa berhasil. Tokoh yang memainkan peranan utama menjayakan rancangan rampasan kuasa ialah Seri Nara Diraja. Seri Nara Diraja sangat berpengaruh terhadap Sultan Muzaffar Syah --pembesar yang sangat rapat dengan sultan, kata-kata clan kehendak Seri Nara Diraja dituruti -kesannya menyebabkan Bendahara Seri Wak Raja terasa tersingkir, tidak dipedulikan –tindakan nekad membunuh diri dengan minum racun.
§  Bertindak bertentangan adat kebiasaan amalan di istana Melaka. Jawatan Bendahara sepatutnya diwarisi oleh keturunan bendahara selepas kematian Benclahara. Seri Wak Raja, sepatutnya diganti oleh Tun Perak. Tun Ali telah berjaya mengambil alih kedudukan/ jawatan Bendahara bergelar Bendahara Seri Nara Diraja.
§  Terlibat dalam perselisihan dan perpecahan di kalangan pembesar. Konflik di kalangan pembesar-pembesar tercetus antara dua puak-puak yang diketuai oleh Seri Nara Diraja dan puak dari keturunan Bendahara (Tun Perak). Puncak konflik Tun Perak terlibat semula dalam istana dilantik sebagai Bentara kemudian. sebagai Perdana Menteri  setelah berjaya mengusir ancaman Siam. Perpecahan semakin ketara menyebabkan Sultan Muzaffar Syah bimbang membawa kesan buruk kepada kerajaan.
§  Seorang pembesar yang sangat berpengaruh. Segala kemahuan Seri Nara Diraja diikut oleh Sultan Muzaffar Syah. Beliau bersedia menyerahkan jawatan Bendahara kepada Tun Perak setelah berkahwin dengan saudara Tun Perak iaitu Tun Kudu. Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu, yang dikasihi demi kepentingan keuntuhan pentadbiran Melaka. Perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudii menamatkan konflik dalaman kerajaan Melaka.
§  Seorang Pembesaryang bijaksana, berani dan berpandangan jauh. Seri Nara Diraja berani menentang titah Sultan Mansur Syah. Beliau tidak melaksanakan tilah menghukum bunuh Hang Tuah. Mengikut tafsiran Seri Nara Diraja  hukuman yang dijatuhkan ke atas Hang Tuah sebagai satu tindakan yang akan merugikan serta membawa kepada penyesalan. Seri Nara Diraja bijaksana dalam melihat kelebihan Hang Tuah untuk kepentingan Kerajaan Melaka. Tindakan Seri Nara Diraja melanggar titah sultan ternyata memberi suatu kemenangan Tindakan Seri Nara Diraja melanggar titah sultan ternyata memberi suatu kemenangan berjaya membuktikan bahawa Hang Tuah sangat berguna/menguntungkan istana Melaka  Hang Tuah yang setia berjaya menghapuskan Hang Jebat yang membuat huru-hara di Melaka. Seri Nara Diraja beroleh tiga orang anak bersama isterinya Tun Kudu. Tun Mutahir (kemudian dilantik Bendahara bergelar Bendahara. Seri Maharaja). Tun Tahir (dilantik sebagai Penghulu Bendahara bergelar Seri Nara Diraja). Tun Senaja (diperisterikan oleh Sultan Alau'd¬Din Riayat Syah).

4.         Tun Mutahir (Bendahara Seri Maharaja)
§  anak kepada Seri Nara Diraja (5 orang anak semuanya). Seri Nara Diraja wasiatkan anak-anak dipelihara Bendahara Paduka Raja. Wasiatkan harta/emas sebanyak 5 buah peti. Saudara lelaki Tun Mutahir ialah Tun Tahir. Bendahara Paduka Raja pernah membuat ramalan; "Budak ini kelak menjadi Orang Besar- besar. Danpada hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tidak kekal. " (Sulalatus Salatin, hlm. 146) Ramalan setelah melihat cahaya turun memancar dari langit di kepala Tun Mutahir pada suatu subuh. Bendahara menguji kebolehan Tun Tahir dan Tun Mutahir dalam perniagaan --> beri pinjam 10 tahil emas tiap Seorang ---) dapat untung yang banyak barulah harta peninggalan diserahkan.
§  Tun Mutahir sejak zaman remaja menceburkan dari dalam perniagaan. Perniagaan sering mendapat keuntungan. ('Adapun akan Tun Mutahir selamaya ia menyuruh mencari itu, tiada pemah rosak, maka ia menyuruh belayar juga.) (Sulalatus Salatin, hlm. 148)
§  Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung, bergelar Seri Maharaja. Pemerintahan Melaka ialah Sultan Mansur Syah. (saudaranya Tun Tahir dilantik sebagai Penghulu Bendahara bergelar Seri Nara Diraja. Tun Abdulah bergelar Seri Nara Wangsa).
§  Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara sewaktu Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (setelah kematian Bendahara Putih). Pemilihan Tun Mutahir dibuat oleh bonda Sultan Mahmud Syah daripada Sembilan orang calon yang disayangi Sultan Mahmud Syah.
§  Tun Mutahir bergelar BendaharaSeri Maharaja 4 Melaka bertambah makmur, mashyur di kalangan pedagang-pedagang di Melaka zaman ini.
§  Sifat-sifat Tun Mutahir:
§  Saksama, adil, murah, terlalu balk budi pekertinya. (Sulalatus Salatin, hlm. 206)
§  Hubungan balk dengan pedagang- pedagang 4 menjaga kebajikan pedagang- pedagang di Melaka hingga namanya termasyhur di kalangan mereka. Hal ini jelas dari nyanyian saudagar-saudagar; "Selamat Bendahara Melaka, pisang jarum, air Bukit China, Bendahara Seri Maharaja. " (Sulalatin Salatin, hlm. 206)
§  Bijaksana dalam berurus niaga –> emas yang diboil pinjam sebanyak 10 tahil diperdagangkan mendalml keuntungan (laba) yang banyak. Begitu juga enum peninggalan ayahnya dijadikan sebagai modal perniagaan –> beroleh untung yang banyak.
§  Dihormati dan disanjung kerana ketokohan ---> bukan sahaja disebabkan oleh beliau seorang pembesar  terkenal tetapi kerana keperikemanusiaan mulia ymig dimilikinya. Misalnya -- jika anak-anak raja datang mengadap, Bendahara tidak turun menjemput. Manakala anak-anak raja, akan naik duduk di balai setelah ditunjukkan oleh Bendahara.
§  Berani dan bijak bermain senjata –> dilantik sebagai  ketua Angkatan Perang Melaka membantu Pahang menentang serangan Legor.
§  Pembesar berwibawa dan sangat berpengaruh. Contoh:sewaktu raja Kedah di Melaka untuk dinobatkan raja Kedah telah makan sisa makanan yang dimakan oleh Bendahara. Walaupun Bendahara menegahnya tetapi raja Kedah memberi alasan; kerana Bendahara orang tua, pangkat bapa kepada beta. " (S, Salatin, hlm. 244) 
§  Seorang pembesar yang alim, pengetahuan tinggi dalam ilmu Islam. Jelas daripada hubungan rapat dengan alim ulama di Melaka seperti Mahkdum Sadar Jahan. Bendahara pernah berkunjung ke rumah Makhdum.
§  Kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka. Bendahara tidak membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan malah melarang anak buahnya menentang atau melawan. Sebagai seorang pembesar yang sangat berpengaruh dan sangat kaya, Bendahara boleh menentang titah raja. Lebih-lebih lagi tuduhan ke atas Bendahara merupakan fitnah sernata¬inata. Tetapi Bendahara tidak berbuat demikian, kerana Iii masih tetap berpegang teguh kepada "daulat dan derhaka" ---> pantang anak Melayu menderhaka kepada rajanya seperti kata-kata Bendahara, "Hei, Hassan! Hendak membinasakan nama orang tua-tua kitakah engkau? Kerana adat Melayu tiada pernah derhaka," (Sulalatus Salatin, hlm. 257)
§  Tragedi hitam dalam sejarah hidup Bendahara Seri Maharaja. Bendahara mempunyai anak perempuan yang cantik iaitu Tun Fatimah. Bendahara tidak menunjukkan Tun I atimah terlebih dahulu kepada raja Melaka Sultan Mahmud sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali. Raja Dibaruh pernah mencadangkan kepada Bendahara supaya Tun Fatimah ditunjukkan kepada raja Melaka kerana; "yang istiadat raja Melayu, apabila tiada beraja perempuan anak Bendaharalah akan jadi Raja Perempuan. "(Sulalatus Salatin, him. 251 )
§  Punca fitnah ke atas Bendahara - rentetan peristiwa:
§  Raja Mendaliar berdendam kepada Bendahara kerana die pernah dimalukan di hadapan pembesar-pembesar. Pada suatu hari raya, Bendahara seclang di hadapan orang besar-besar menantikan raja keluar. Raja Mendaliar  terus masuk ke balairung dan terus menyernbah Bendahara. Bendahara menepis tangan Raja Mendaliar dan memaki hamun Raja Mendaliar kerana Yang Dipertuan belum lagi menjunjung duli.
§  Nina Sura Dewa berdakwa dengan Raja Mendaliar –> kes dibawa kepada Benclahmo untuk diselesaikan. Oleh kerana hari hampir petang, Bendahara meminta kedua saudagar itu kembali dan meneruskan perbincangan pada keesokan harinya.
§  Pada sebelah malamnya Nina Sura Dewana datang ke rumah Bendahara dengan membawa hadiah sebanyak sebahara emas. Tanya memberitahu niat sebenarnya. Nina Sura Dewana mempersembahkan kepada Bendahara bahawa emas itu, ".akan   pembeli sirih pinang. (Sulalatus Salatin, him. 255)
§  Kedatangan Nina Sura Dewana ke rumah Bendahara ---> diketahui oleh Kitul ---> bawa berita (fitnah) mengadu kepada Raja Mendaliar. Kitul berhutang pada Raja Mendaliar sebanyak sekati emas. Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa, "Nina Sura Dewana menghadiahkan sebanyak 10 kati emas kepada Bendahara clan bermuafakat akan membunuh Raja Mendaliar."
§  Raja Mendaliar berterima kasih kepada Kitu ldan  hutang Kitul dilupuskan
§  Raja Mendaliar terus pergi mendapatkan Laksamana Khoja Hassan –> beri sogokan emas (sekati emas) supaya Khoja Hassan dapat sampaikan berita (rahsia) kepada sultan. Berita yang disampaikan; "Datuk Bendahara hendak derhaka. Orang kaya persembahkanlah ke bawah Duli Yang Dipertuan, sudah ia berbuat takhta kerajaan, menempa ciu emas dan kaus emas; kasadnya hendak naik raja dalam negeri Melaka ini." (Suialatus Salatin, hlm. 256)
§  Sultan Mahmud Syah terus menerima berita (fitnah) yang disampaikan Laksamana Khoja Hassan kerana selama ini Sultan Mahmud Syah memang berdendam pada Bendahara. Apabila mendengar berita bahawa Bendahara hendak menderhaka, merupakan suatu peluang ibarat kata, "seperti orang mengantuk disorongi bantal; kerana baginda bersedia menaruh dendam akan Bendahara Seri Maharaja sebab anaknya TunFatimah itu  "(Sulalatus Salatin, him. 257)

Tema, Persoalan & Pemikiran


TEMA
Tema bagi Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin adalah bertemakan politik. Mengisahkan asal-usul raja dan kerajaan Melayu yang berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.

PERSOALAN

  1. Menghormati budaya dan adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke Melaka. Di Melaka, sultan Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama Bendahara Seri Maharaja. Hal ini demikian kerana apabila sudah selesai Bendahara Seri Maharaja makan, maka barulah sultan Melaka dan segala menteri makan. Ini merupakan budaya dan adat negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut mengamalkannya apabila baginda berada di Melaka.

  1. Bijak dalam menggunakan peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak menggunakan peluang yang ada demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan beliau dianugerahi emas dan pengampunan.

  1. Kepintaran Bendahara Melaka.
Contoh: Bendahara Melaka iaitu Tun Perpatih Putih merupakan bendahara yang pintar dan bijak bermain dengan psikologi. Contohnya, ketika Tun Perpatih Putih dihantar oleh Sultan Mansur Syah ke Benua China dia telah menggunakan kepintarannya  dengan memberitahu bahawa orang Melaka ini makanannya adalah sayur kangkung jangan dikerat-kerat, dibelah sepanjang-panjangnya. Disebabkan kepintarannya menggunakan kelicikan dan kebijaksanaannya menyebabkan dia dapat melihat rupa Raja China di dalam mungkur kaca di dalam mulut naga.

  1. Kepimpinan Melalui Teladan.
Contoh: Sultan Alaudin Ri’ayat Syah sendiri turun bersama Hang Isak dan Hang Siak menangkap pencuri yang semakin berleluasa di negerinya, sedangkan bendaharanya Seri Maharaja tidak menjalankan tanggungjawab kerana tidak berkawal pada malam hari dan menyebabkan pencuri masuk ke dalam negeri.

  1. Peperangan dan penaklukan antara dua negeri
Peperangan yang terjadi ini melibatkan kuasa-kuasa pemerintahan pemimpin yang bijaksana sehingga bukan sahaja menawan negeri jajahan tetapi juga menawan anak isteri. Buktinya, Raja Inderagiri menghancurkan Lingga sehingga menawan anak isteri Maharaja Isak ( Raja Lingga ). Kejayaan  Raja Inderagiri ( Raja Nara Singa ) ini pun menjadi kesayangan Sultan Mahmud Syah. Kejayaan Raja Nara Singa menawan kerajaan LIngga ,maka Raja Nara Singa telah menjadi suatu kebanggaan bagi Sultan Mahmud Syah.

  1. Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk menentang musuh.
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai kebijaksanaan dalam mempertahankan negeri daripada ancaman musuh. Sebagai contoh, sewaktu Siam menyerang Melaka, Tun Perak menyuruhkan semua anak dan isteri pahlawan untuk turun sekali berperang supaya dapat menaikkan semangat tentera Melaka untuk menghadapi Siam dan akhirnya Siam kalah.

  1. Kesetiaan pengikut terhadap tuannya
Persoalan kesetiaan rakyat banyak diterapkan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional. Setia menjadi satu persoalan pokok yang terpancar daripada cerita-cerita tradisional. Watak Hang Tuah  adalah lambang kesetiaan rakyat yang mutlak dan watak ini sebenarnya sekadar mewakili rakyat berketurunan Melayu dalam menyempurnakan waadat yang termeterai antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba seperti mana yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Dalam episod itu, Demang Lebar Daun  bersumpah untuk menumpuhkan segala ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada rajanya, manakala di pihak Sang Sapurba pula telah bersumpah jika keturunannya menganayai rakyat, akibatnya negara akan runtuh.

  1. Keagungan raja dan negara 
Satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam karya-karya tradisional Melayu ialah raja diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan utama dalam karya-karya kesusasteraan. Oleh itu, raja di diberikan gambaran-gambaran hebat termasuklah diwarnai dengan unsur-unsur dongeng dan mitos. Sejarah Melayu misalnya; mengaitkan nasab raja-raja Melaka dengan Iskandar Dzulkarnain dari Makadunia. Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh pengarang-pengarang sastera Melayu tradisional melalui peristiwa yang dianggap penting. Dalam Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa misalnya, terdapat peristiwa-peristiwa ajaib tentang proses pengislaman raja-rajanya. Misalnya, mereka bermimpi bertemu Nabi Muhammad, diludahi mulut mereka oleh Baginda dan tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadat dan juga kejadian brrkhatan melalui mimpi. Dalam soal kenegaraan pula, bangsa Melayu mempunyai konsep khas untuk negeri(negara) Kewujudan sesebuah negeri hanya diiktiraf jika negeri itu mempunyai raja. Raja yang tidak bernegeri tidak diterima ke-raja-annya. Dengan kata lain, keagungan sesebuah negeri itu bergantung kepada kehebatan rajanya. Kewujudan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh atau menakjubkan, misalnya pembukaan Melaka yang berdasarkan kejadian pelanduk menendang anjing perburuan Parameswara.

  1. Keagamaan dan kepercayaan
Bangsa Melayu melalui tiga fasa kepercayaan dan keagamaan, iaitu bermula dengan animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Kesemuanya terpancar dalam hasil-hasil kesusasteraan. Kedatangan pengaruh agama dan budaya Islam ke alam Melayu telah mencorakkan satu bentuk sistem kepercayaan dan kebudayaan baru di kalangan masyarakat  Islam sebagai agama yang menyeluruh telah tersebar begitu pesat sekali sehinggakan dalam tempoh tidak sampai satu abad, hampir seluruh alam Melayu telah diislamkan. Kejayaan ini banyak bergantung pada strategi penyebaraan dan pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam yang datang khususnya dari benua Arab dan India. Secara umumnya, selain persoalan keagamaan yang begitu dominan dalam karya-karya pengarang sastera Melayu tradisional khususnya selepas kedatangan Islam, unsur-unsur kepercayaan lain terus subur dalam hasil-hasil karya sastera melayu yang lain. Kepercayaan animisme misalnya tetap menjadi pilihan pengarang atau pencipta sesebuah karya.Persoalan ini banyak dilihat dalam cerita-cerita lisan seperti mitos, lagenda dan cerita rakyat. Antaranya cerita-cerita yang menonjolkan unsur sistem kepercayaan animisme misalnya cerita Asal Usul Dunia, cerita Semangat padi, cerita Badang dan cerita Langsuir.Unsur-unsur ini juga banyak terdapat dalam manifestasi jampi dan mantera serta ditemui dalam cerita-cerita penglipur lara, yang diselitkan dalam pengambaraan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh wira dan wirawati.

  1. Pendidikan/moral
Hakikat bahawa sastera Melayu tradisional menjadi media pendidikan masyarakat pendidikan masyarakat Melayu lama adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Pada zaman tiada instutisi pendidikan yang formal ,selain terdidik daripada pengalaman sendiri, masyarakat juga dapat menimba ilmu pengetahuan dengan mendengar cerita dan pengalaman orang lain dalam kelompok asing. Disinilah terletak peranan pengarang atau pencipta hasil sastera zaman itu. Penyampaian mesej pendidikan dan moral dibuat dengan berhati-hati .Adalah penting bagi pengarang atau pencipta karya supaya memilih isu yang sesuai, bahasa yang berseni dan berlapik serta situasi pengucapan atau penyampaian yang tepat. Itulah sebabnya mesej-mesej pendidikan ini banyak disusun  dalam bentuk puisi termasuklah pantun, gurindam, seloka, peribahasa, masnawi, nazam, berzanji, rubai, rejang dan teromba. Bentuk puisi yang ternyata lebih ringkas berbanding prosa. Seseorang yang telah melakukan salah boleh dinasihati, disindir dan ditegur. Pengunaan diksi yang bersifat konotatif dalam puisi-puisi tersebut dapat mengurangkan kesan emosi terhadap seseorang yang ditegur.