Elegant Rose - Working In Background >

INSTRUMENTAL MELAYU

Teks Kanon Melayu Kumpulan 2 (kumpulan C)

Thursday, 31 May 2018

Mengenai Tun Seri Lanang

Tun Seri Lanang "Bapa Kesusasteraan Melayu"

TUN SERI LANANG

Latar belakang
      Tun Seri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhamad bin Tun Ahmad. beliau diberi gelaran Paduka Raja seorang yang berjawatan Bendahara Melaka dan Johor. Tun Seri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565 dan hidup pada akhir abad ke-17.nBeliau ialah anak kepada Paduka Temenggung Ahmad. Beliau mempunyai darah keturunan Tun Perak, bendahara Melaka yang bijak dan membawa Melaka ke persada dunia. Merupakan penasihat kepada tiga sultan Aceh, iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M), dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M). Beliau pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat Syah tidak berminat untuk memerintah Johor lagi.


Kronologi menjadi seorang pengarang
       Sebelum Tun Seri Lanang menjadi penulis atau pengarang, Beliau juga pernah menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil antara tahun 1580 dan 1615. Pada tahun 1612Raja Abdullah telah meminta beliau mengarang buku Sejarah Melayu. Raja Abdullah menitahkan Tun Seri Lanang menulis Sejarah Melayu adalah untuk memastikan masyarakat dapat memperolehi manfaat daripada penulisan beliau.
·         Berikut ialah bukti yang terdapat di dalam karya tersebut, iaitu Sulalatus Salatin;
·          
            “Bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada hari pertuturan segala raja-raja Melayu dengan isti`adatnya supaya dedengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya”

(Sejarah Melayu, 1998: 65-66)
·                Beliau mula mengarang pada bulan Februari 1614 sewaktu di Johor seterusnya menyambung penulisan beliau semasa beliau berada di Acheh. Di Acheh, Tun Seri Lanang dapat menemui ulama-ulama seperti Shamsuddin al-Sumaterani dan Shaikh Nuruddin al-Raniri. Selepas selesai mengarang Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang sedar bahawa karyanya dalah mengenai salasilah raja-raja Melaka. Oleh itu, beliau telah memberi nama Sulalatus Salatin untuk teks tersebut yang bermaksud “Salasilah Segala Raja-Raja”.

Peranan Dan Sumbangan
            Tun Seri Lanang merupakan penulis atau pengarang karya agung yang amat berjasa kepada dunia Melayu sehingga kini. Beliau ialah tokoh pengarang yang terkena dalam penghasilan buku sejarah, adat istiadat dalam peradaban, kebudayaan dan sistem pemerintahan Melayu. Tun Seri Lanang telah mengarang sebuah karya yang menjadi rujukan dan peringatan bagi bangsa Melayu, iaitu Teks Sejarah Melayu.
·         Teks ini telah dikatakan sebagai Sejarah Melayu yang penting, dan telah menjadi sebagai sumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu yang penting di Malaysia. 
·         Sejarah Melayu penuh dengan pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa serta bangsa-bangsa di Nusantara.Terdapat berbagai-bagai peristiwa yang telah tercatat dalam karya ini seperti salasilah raja-raja, kepahlawanan, kasih sayang dan sebagainya yang menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
·         Sejarah Melayu menggambarkan sejarah Melaka daripada zaman pertumbuhannya, mengalami zaman keemasan dan akhirnya diruntuh oleh Portugis. Isi ceritanya mengandungi pelbagai catatan raja dan undang-undang bernegeri dan berkerjaan, asal usul raja, asal-usul nama tempat dan adat istiadat. Sejarah Melayu juga menggambarkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai dan Singapura.
·         “ Mengketengahkan serta memberi kesedaran kepada  masyarakat dunia bahawa bangsa Melayu adalah BERTAMADUN setara tamadun-tamadun dunia lainnya waktu itu.“ Dalam hal ini, Tun Seri Lanang bukan sahaja telah menuangkan jasa yang besar kepada bangsa Melayu sebagai pengarang kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, malahan dalam peranannya sebagai Uleebalang Kenegerian Samalanga di Aceh, telah meninggalkan jejak yang besar dalam memberi sumbangan kepada pemertabatan agama dan bangsa di sana. 







1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Dapat memberi manfaat kepada pembaca.

    ReplyDelete