PLOT DAN PERISTIWA:
PERISTIWA DAN JALINANNYA, JENIS PLOT, PERKEMBANGAN PLOT
PERISTIWA DALAM BAB 1
Raja Iskandar Zul-Karnain dari
Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida
Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Raja Iskandar
Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida
Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah. Raja
Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri
Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan
jajahan takluk. Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke
China. Bagindamenewaskan Raja Gangga Syah Johan dan
baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga. Raja Suran sampai di
negeri Langgiu dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran
kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu. Apabila Raja Suran berada di
Temasik, orang China membuat muslihat dengan menghantar orang-orang
tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah
kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China. Raja
Suran turun ke laut dan sampai di bumi Dika dan
baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja
Aktabu'l-Ard. Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri
danmewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar
anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Raja Suran kembali ke
dunia dengan kuda semberani jantan.
PERISTIWA DALAM BAB 2
Anak-anak Raja Suran yang
dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, NilaUtama, dan Krisyna
Pandita sudah dewasa dan dihantar ke dunia menaiki lembu putih. Anak-anak
Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan
Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya
menjadi suasa. Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan
anak-anak Raja Suran. Lembu putih kenaikan anak-anak Raja
Suran memuntahkan buih lalu keluar dari buih itu seorang lelaki, yang
diberi nama Batala. Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna
Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura. Nila Utama
ditabalkan menjadi raja di Palembang. Nila Utama (Seri Teri Buana)
ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi Demang Lebar Daun mahu
berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga
perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri
berkahwin. Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak kedal. Seri Teri
Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan
Seri Beni sebagai anak angkat. Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan
pembesar-pembesar Bintan. Seri: Teri Buana teriihat
satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu. Kenaikan Seri Teri
Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda
setelah baginda meletakkan mahkotanya di air. Seri Teri Buana membuka
negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan
nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja
Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.
PERISTIWA DALAM BAB 3
Seri Teri Buana menghantar
rombongan peminangan ke benua Keling untukmeminang Puteri Nila Pancadi
untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar. Seri Teri Buana mangkat dan
diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Paduka Seri
Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti
Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang. Betara
Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan
"Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya
seperti kertas, dan bergulung seperti subang". Paduka Seri Pikrama Wira tersalah
anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepaia seorang budak
dan beliungnya dihantar ke Majapahit. Terjadi peperangan antara
Singapura dengan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah. Kemangkatan Paduka
Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran
Rakna Wikrama. Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan
hantu. Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu
meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan ditunaikan.
Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan muntahhantu
itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang
singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya. Badang mengalahkan pahlawan
dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-hampir beriawan
dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan
perlawanan itu dengan alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari. Seri
Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran
Paduka Seri Maharaja. Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing
geiang-gelang. Apabila direbus, cacing geiang-gelang itu bertukar menjadi emas.
Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke
Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat
tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya. Rasulullah s.a.w.
menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan
oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra. Fakir
Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan
Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai
dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan
Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Sallehmendapat dua orang putera iaitu
Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur. Sultan Maliku't-Tahir
dirajakan di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya. Sultan
Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya
berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur. Raja
Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu
melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang
yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala
ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan
menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha
untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah
memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi
berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din
sebagai balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja
Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan
oleh baginda. Raja Pasai dibawa pulang. Sultan Maliku'l-Mansur pergi
ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah
oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din. Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang
Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan
Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha
untuk menangkapnya. Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat
berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur. Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal
lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur
dibawa berperahu ke Manjung. Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan
kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma
Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di
Padang Maya. Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur
pulang kerana bagindamenyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri. Sultan
Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.
PERISTIWA DALAM BAB 4
Tuan Jana Khatib dari Pasai
datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana raja, beliau menilik
batang pinang sehingga terbelah dua. Paduka Seri
Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib
sengaja menunjukkan kepandaian di depan isteri baginda. Tuan Jana
Khatibdibunuh dan badannya ghaib ke Lengkawi. Todak menyerang
Singapura dan ramai rakyat mati. Seorang budak mencadangkanagar digunakan
batang pisang sebagai penahan serangan todak dan menghasilkan kejayaan. Budak
itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu
ketika nanti. Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja
Iskandar Syah. Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan
lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang
Rajuna Tapa marah akan tindakan Raja Iskandar Syah
dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia
membantu Majapahit. Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar
Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi
batu. Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota
Buruk. Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa
pelanduk putih menendang anjing perburuan. Peristiwa itu dilihat
dari bawah pokok Melaka. Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh
anakanda baginda. Raja Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah
yang akhirnya digantikan pula oleh Raja Kecil Besar seiepas
kemangkatan Raden Tengah. Syed Abdul Aziz datang ke Melaka
dan mengislamkan penduduk Melaka. Sultan Muhammad Syah
menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan rakyat.
Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan tertentu supaya
dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka. Mani Purindan ke Melaka
dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. tu dikurniakan
dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad
Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang
anakiaitu Raja Kassim. SultanMuhammad Syah
juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat seorang anak iaitu
Raja Ibrahim. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim
menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja
Kassim diusir dari istana. Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan
bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan
Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan
Abu Syahid terbunuh. Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan
Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh
diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya. Seri Nara
Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu
anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.
PERISTIWA PENTING
DALAM BAB 5
Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan
rakyat menghadapi serangan Siam. Tun Perak membawa angkatan dari
Keiang bersama anak isteri mereka sekali. Awi
Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat
menewaskan Melaka. Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga
diiantik menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah belah; satu
berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan
ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar
Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara
Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka. Tun Perak menjadi
Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi
Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu
Bendahari. Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah
pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di
tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam. Tuan
Saidi Arab memanah Cau Panden dari Melaka . Cau Panden yang
hendak menyerang Melaka mati di Siam. Sultan
Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda,
Sultan Mansur Syah Sultan Mansur Syah menitahkan
Bendahara dan pembesar-pembesar Melakamenyerang Indera Pura. Raja
Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri
baginda, iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan
Mansur Syah. Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam
dan Menteri Jana Putera serta Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua
dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan
raja Siam Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya
membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan
daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.
PERISTIWA DALAM BAB 6
Seorang penyadap menjumpai seorang
budak hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya. Patih Aria Gajah
Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesumamemilih
suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit. Penyadap
membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap
mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara
itu terjadi. Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi
Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami. Penyadap menagih
janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat
keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada. Satu jawatan baru
yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi
Kara dan diberikan kepada penyadap. Sultan Mansur Syah
ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang
Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma. Rombongan
Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian. Tun Bija
Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit,
menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat
berhampiran utusan Melaka. Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden
Galuh Cendera Kirana. Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan
diselamatkan oleh Hang Tuah. Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang
raja sehingga Sultan menitahkan Hang Tuah dibunuh. Seri Nara
Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun. Orang-orang Melaka
yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China
setelah makan kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat. Puteri Hang
Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada
raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei
dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak
menyembah China. Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah
oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan
Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan
membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.
PERISTIWA DALAM BAB 7
Hang Jebat mengamuk di
istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Sultan
Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada
sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat. Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa
Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang. Hang Tuah bertikam
dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang
Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah. Sultan
Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu
terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah
menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan
dengan kerjasama rakyat. Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar
Bendahara Paduka Raja menjaga anak-anaknya. Bendahara Paduka Raja terlihat
suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir. Tun Tahir dijadikan
Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi
Temenggung bergelar Seri Maharaja. Melaka menyerang Kampar dan
Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba
dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar. Melaka menyerang Siak
dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk
manakala, Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara ditawan. Sultan Mansur
Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu
kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Tun
Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola
sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad.
Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi
ditegah oleh Bendahara. Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di
Pahang memandangkan tidak ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka. Semerluki
jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko.
Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung Tanah. Semerluki merosakkan
jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh
Laksamana menghalang Semerluki. Orang-orang Melaka berperang dengan
tentera Semerluki dan ramai orang Melaka mati. Laksamana
berjaya menewaskan Semerluki. Mauiana Abu Bakar membawa kitab
Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka
berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan
diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke
Pasai merujuk masalah agamadan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.
PERISTIWA DALAM BAB 8
Raja
Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan
diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang
dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwln dengan
puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng danberanak raja-raja Cempa sehinggalah
Pau Kubah.Pau Kubah tewas berperangdengan raja Kuci. Syah Indera Berma,
iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka. Sultan Zainal Abidin dari
Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas
takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan
Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula. Sultan Zainal
Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja,
pulang ke Melaka dengan rasa kecewa. Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula
Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan. Sultan Mansur
Syah murkakan Bendahara manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan
Bendahara ketika di Pasai. Bendaharamemuji-muji Laksamana ketika di Pasai
dan apabila Laksamana mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah
dan pergi berjumpa Bendahara untukmeminta maaf. Raden Kelang dibunuh oleh orang
mengamuk di Melaka. Sultan Mansur Syah gering dan memberi
wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat. Sultan Mansur
Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan
Alau'd Din Riayat Syah. Melaka diancam pencuri sehingga Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras
pencuri-pencuri. Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan
mengetatkan undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat
Syah. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang
mencuri dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri
dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai. Raja
Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis
'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
menyuruh pahlawan Melaka menghalang orang-orang
Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan
orang-orang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru. Raja
Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka. Selepas Telanai Terengganu
pulang, Sultan Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar
Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa
memberitahu baginda. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu
dan menitahkanpahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana
Sultan Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja
Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah
dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke
Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri
Akar Raja. Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu,
Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.
PERISTIWA DALAM BAB 9
Tun Jana Pakibul
membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan Ibrahim dan tidak
memberitahu ke Melaka. Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak
dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana
membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan Alaud'Din Riayat
Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada
pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau
kerana beliau masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka
setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat. Sultan
Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja
dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana
dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya. Bendahara Paduka
Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya. Kepada
Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan jangan
mendengar fitnah. Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh
Bendahara Tun Perpatih Putih. Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri
Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh
Tun Biajid. Sultan Mahmud Syah juga mengganggu Tun
Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan
Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Seri Wak
Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap
melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak
Raja. Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat
datang pada hari raya. Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang
Manjong manakala, Seri Maharaja menyerang
Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.
PERISTIWA DALAM BAB
10
Bendahara Putih mati dan
digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan
Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara. Kedatangan Patih Adam dari
Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin
dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adammenuntut janji daripada
Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda
tetapi Seri Nara Diraja menafikannya. Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan
Mahmud menitahkan agar dipinangPuteri Gunung Ledang. Tun Mamad, Laksamana,
dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun Mamad berjumpa Dang Raya
Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung Ledang itu. Seorang
perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan syarat yang
dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Apabila diberitahu kepada
Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan niatbaginda meminang Puteri
Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkandarah anakanda baginda.:Orang-orang
Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka
ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.
Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian
Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi. Hang Nadim pulang ke Melaka
tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap
disumpah oleh seorang wali. Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak
banyak membawa balik kain yang diingini baginda. Hang Tuah meninggal dunia dan
digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.
PERISTIWA DALAM BAB
11
Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri
Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda. Sultan
Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk
menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah. Setelah Seri Wak Raja pulang dan
memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun
Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ke Pahang
untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang Nadimberjaya
melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua tukang
urut. Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan
Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana
Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana
Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut. Sultan
Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan
oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah. Raja Zainal, iaitu adinda kepada
Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk
merosakkan gadis dan perempuan di Melaka. Sultan Mahmud mahu supaya Raja
Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat.
Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah
dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh
Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar
rumah.
PERISTIWA DALAM BAB
12
Raja Legor ingin
menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri
Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang. Orang-orang
Melaka menyiapkan kubu pertahanan di Pahang. Terjadi
peperanganantara orang Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat
ditewaskan. Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana
bersikap biadap di hadapan Bendahara. Cau Seri Bangsa memeluk Islam
setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau
Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana. Cau Seri Bangsa
memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan
nobat. Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka
menghairankan orang-orang Melaka. Peringgi menyerang Melaka di bawah
pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka. Maulana Sadar
Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun
Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar
Jahan memarahi beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab. Sultan
Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal
agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.
PERISTIWA DALAM BAB
13
Bendahara Seri Maharaja
hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh
menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud
terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya
rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud. Bendahara mengahwinkan
anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah
melihat kecantikan Tun Fatimah. Ali Manu Nayan ingin memberi
rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau. Anak-anak
buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada
saudagar-saudagar kaya di Melaka. Nina Sura Dewana dan Raja
Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara
menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah
petang. Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri
Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul. Si Kitul memberitahu
Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emaskepada
Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar. Raja Mendeliar memberi
hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendagara Seri
Maharaja ingin menderhaka. Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan
Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda
memangberdendam dengan Bendahara kerana Tun Fatimah. Bendahara
Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun
Alidibunuh oleh Sultan Mahmud. Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara
walaupun sudah tua dan uzur. Tun Fatimah tidak pernah
senyum, malah menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan
Mahmud. Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan
Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan
yang mengamalkan sikap pilih kasih.
PERISTIWA DALAM BAB
14
Peringgi menyerang
Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapiserangan kali
pertama Peringgi ke atas Melaka gagal. Orang-orang
Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan
semangat kerana Peringgi akan menyerang lagi. Berlaku pertempuran
hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga
orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan
diri hingga ke Pahang. Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana
baginda tidak menghormati pembesar-
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar. Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah. Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar. Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah. Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.
PERISTIWA DALAM BAB
15
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat
Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah
dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang danberkahwin dengan
Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat
Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Raja Omar, iaitu cucu
Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Muzzafar
Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan
baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut. Raja
Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil,
manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda
Raja Mansur. Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul
Jalil Syah kemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil
Ri'ayat Syah. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka
negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid. Sultan Ala
Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan
gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah
kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke
negeri di Pasir Raja.
Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada kami semua.
ReplyDeletenice blog beb...thanks untuk ilmu ini
ReplyDeletenice blog beb...thanks untuk ilmu ini
ReplyDelete