Unsur pathos
· Berasal
dari perkataan Greek yang membawa maksud penderitaan atau kesedihan atau
kepiluan. Dari segi
kesusasteraan, pathos bermaksud unsur yang merangsangkan rasa kasihan,
kesedihan dan dukacita dalam diri pembaca.
Peristiwa yang
mempunyai unsur
Pathos
1)
Pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi
keamnan negeri.
· Hal ini
dapat dilihat dalam kisah Sultan Muzaffar Syah yang terpaksa menceraikan isteri
kesayangan nya Tun Kudu demi menyelesaikan perbalahan antara Seri Nara Diraja
Tun Ali dengan Tun Perak.
· Sebagai
seorang wanita yang masih muda, Tun Kudu turut terpaksa menanggung penderitaan
atas penceraiannya demi keamanan Melaka. Kemudian berkahwin pula dengan Seri
Nara Diraja Tun Ali yang telah tua.
2) Pembunuhan
terhadap orang yang tidak berdosa oleh pemerintah hanya kerana faktor dendam
dan benci serta fitnah.
· Tindakan
pemerintah yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seseorang yang tidak
setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Sebagai contoh, pembunuhan terhadap
Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir misalnya berpunca daripada dendam Sultan
Mahmud Syah terhadap Tun Mutahir kerana tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada
baginda terlebih dahulu sebelum dinikahkan dengan Tun Ali.
3)
Rakyat menjadi
mangsa kesetiaan kepada pemerintah
· Kepedihan
dan kesakitan yang dirasai oleh rakyat dan hulubalang Singapuraakibat tercedera
diserang todak berlaku kerana kesetiaan mereka terhadap pemerintah. Titah raja
Singapura tidak boleh dibantah. Kisah ini berlaku dalam episod Singapura
dilanggar todak. Sebagai contoh, titah raja supaya rakyat berkubukan betis
telah menyebabkan ramai rakyat terkorban dan cedera .
terima kasih perkongsian
ReplyDelete