Sajak
berdasarkan Buku Cermin Adab:
Sajak: Tun
Perak
Tun Perak
kebijaksanaanmu
tiada tandingnya
kau membawa orang
kelang bersama anak isteri mereka
hanya kau
satu-satunya
yang membawa isteri
membantu para suami
hairan dilihat akan
keanehan sikapmu
kerana tiada siapa
dalam kalanganmu
sanggup membawa
isteri mereka
ke medan tempur
katamu
biarlah isteri
mereka di situ
supaya bersungguh si
suami bertempur
bersunguh-sungguh
hati
apabila melihat
isteri ada di sisi
kata-kata Tun Perak
tiada siapa yang
sanggup menyanggahi
raja suka melihat
Tun Perak
bijaksana akalnya
hingga diangkat
dari Penghulu,
Bentara, Menteri dan Bendahara
kerana hebatnya dia
di samping raja
dari Kelang ke kota
Melaka
bernaunglah dia di
bawah raja
penuh berbakti dan
taat setia.
No comments:
Post a Comment