Elegant Rose - Working In Background >

INSTRUMENTAL MELAYU

Teks Kanon Melayu Kumpulan 2 (kumpulan C)

Friday, 1 June 2018

Sajak: Kedal kerana Tulah

Sajak berdasarkan Buku Cermin Adab:

Sajak: Kedal Kerana Tulah


Kaki rajaku
kerana kaki rajaku
penyakit kedal raja China sembuh
kerana kaki rajaku
air basuhan kakinya menjadi penawar
penyakit kedal
raja China itu

Bermula berkirim sembah
raja Melaka kepada raja China
raja China terlalu sukacita
tanpa berfikir mudarat yang akan tiba

Kerana kaki rajaku
penyakit gatal raja China Sembuh
kerana air basuhan kaki rajaku
diambil disapu ke muka
dimandi dan disantap
oleh raja China itu

Tiada rasa jijik
tiada rasa geli
walau air basuhan kaki rajaku
begitu berharga
bagi raja China itu.

No comments:

Post a Comment