1.
Berbakti kepada negara dengan memberi sumbangan tenaga untuk berkawal
pada waktu malam.
Kesanggupan untuk menyumbang tenaga dengan mengenepikan kedudukan demi untuk
keselamatan rakyat yang diancam dengan kejadian kecurian. Sultan Alauddin
Riayat Syah sanggup menyamar dan berkawal malam dengan memakai pakaian seperti
pencuri bagi memudahkan beliau menangkap pencuri yang mengganas di Melaka. Jika
sekiranya Sultan Alauddin Riayat Syah tidak sanggup berbakti kepada negara
pasti kejadian kecurian akan lebih berleluasa dan pasti keselamatan rakyat akan
tergugat. Sumbangan bakti dengan mengenepikan kedudukan akan mampu membentuk
keperibadian yang mulia dan menjamin keselamatan Negara.
2.
Berbakti kepada raja dengan memberikan idea untuk menyelamatkan negara
dari serangan ikan todak. kebijaksanaan yang ada pada seseorang boleh digunakan untuk menghulurkan
bakti kepada keselamatan negara. Seorang kanak-kanak pintar dalam
peristiwa Singapura dilanggar todak telah berbakti kepada raja dengan
mengemukakan idea agar menggunakan batang pisang bagi menangkis serangan ikan
todak yang sebelum ini penduduk singapura menggunakan betis. Jika sekiranya
Paduka Seri Maharaja tidak menerima idea yang diberikan oleh kanak-kanak
tersebut pasti lebih ramai rakyat singapura akan terkorban dan ini akan
menggugat keselamatan negara.Kebijaksanaan yang dikurniakan perlu dimanfaatkan
untuk berbakti kepada negara agar ia dapat menyumbang untuk keselamatan negara.
3.
Berbakti kepada negara dengan menggunakan keberanian menghadapi musuh. Keberanian dalam menghadapi
musuh boleh digunakan untuk menghulurkan bakti kepada keselamatan negara. Hang
Tuah dengan berani menghadapi orang yang mengamuk demi menjaga keselamatan
negara dari ancaman. Jika Hang Tuah tidak berani menghadapi musuh pasti dia
tidak dapat menyumbangkan bakti kepada negara. Sewajarnyalah keberanian perlu
digunakan dengan betul untuk tujuan berbakti kepada negara dan bangsa.
4.
Berbakti kepada raja dengan sanggup berkorban biarpun terpaksa berdepan
dengan najis. Demi
raja, biarpun terpaksa melakukan tugasan yang sukar dan boleh menjatuh maruah
seseorang yang hendak berbakti akan sanggup melakukan apa sahaja. Laksamana
Hang Tuah sanggup terjun ke dalam tangkungan najis bagi menyelamatkan kuda raja
yang terjatuh dengan menambat tali bagi memudahkan orang lain mengangkatnya.
Kebaktian ini dilakukan oleh mereka yang sanggup berkorban demi raja. Jika
sekiranya Laksamana Hang Tuah tidak sanggup berbakti berbuat demikian pasti
kuda raja akan mati dan ini akan menyebabkan raja sedih kerana kuda
tersebut sangat disayangi oleh Sultan Mansur Syah. Kebaktian dengan sanggup
berkorban apa sahaja kepada raja dan negara wajar dicontohi oleh generasi hari
ini.
5.
Berbakti kepada raja dengan sanggup berlawan dengan sahabat sendiri. Berbakti kepada raja dengan
menghulurkan bantuan untuk berlawan dengan penderhaka yang telah menyebabkan
raja terpaksa meninggalkan istana. Hang Tuah biarpun baru sahaja bebas dari
pasungan dan dalam keadaan lemah masih mahu berbakti kepada sultan
untuk berlawan dengan Hang jebat yang telah menderhaka demi untuk membela
kematiannya. Kebaktian Hang Tuah kepada Sultan Mansur Syah demi menjaga maruah
dan nama baik sultan. Sebaliknya jika Hang Tuah tidak sanggup berbakti berlawan
dengan Hang jebat kemungkinan besar Hang Jebat akan terus beleluasa dan ini
akan mencemarkan nama baik Sultan Mansur Syah. Generasi muda hari ini seharusnya
sentiasa bersedia untuk berbakti kepada negara dan raja walau dalal keadaan apa
sekali pun. (hlm. 141)
6.
Berbakti kepada negara dalam menghadapi serangan musuh. Rasa bertanggungjawab
terhadap negara akan menyebabkan seseorang sanggup berbakti kepada negara dalam
menghadapi serangan musuh. Tun Perak sanggup berbakti kepada Melaka yang
berdepan dengan serangan Siam dengan membawa semua penduduk Kelang termasuklah
golongan wanita dan kanak-kanak. Tun Perak berbuat demikian kerana mahu
berbakti kepada negara dalam mengahdapi serangan Siam. Sikap bertanggungjawab
Tun Perak yang sanggup berbakti telah berjaya menyelamatkan Melaka dari
serangan Siam. Generasi hari ini seharusnya sanggup berbakti demi untuk
memastikan keselamatan negara dari ancaman musuh. (hlm. 89)
7.
Berbakti kepada negara dengan bekerjasama membuka negeri. Kesanggupan untuk menyumbang
tenaga dengan saling bekerjasama bagi membuka sebuah negeri.Rakyat jelata
sanggup bekerjasama dengan menebas hutan belantara bagi membuka
negeri. Jika sekiranya rakyat jelata tidak sanggup berbakti kepada raja dengan
melakukan tugas menebang hutan pasti impian raja untuk membuka negeri baru
tidak akan tercapai dan Singapura mungkintidak akan wujud. Sebagai pelajar kita
perlu sanggup untuk berbakti dengan saling bekerjasama untuk menyumbangkan
sesuatu kepada negara. (hlm.40).
8.
Berbakti kepada raja dengan sanggup menyerahkan anak biarpun berdepan
dengan risiko. Biarpun
mengetahui risiko yang terpaksa dihadapi, kesanggupan berbakti kepada raja akan
membuatkan seseorang sanggup mengambil risiko. Demang Lebar Daun sanggup
menyerahkan anaknya untuk dikahwini oleh Sang Sapurba biarpun dia mengetahui
kemungkinan anaknya akan dijangkiti penyakit kedal sebagaimana gadis-gadis lain
yang berkahwin dengan Sang Sapurba. Namun dia sanggup berbakti kepada raja
dengan menyerahkan anaknya untuk dikahwinkan dengan Sang sapurba. Jika
sekiranya Demang Lebar Daun tidak sanggup berbakti pasti dia akan menjadi
kemurkaan raja dan ini akan mengeruhkan hubungan raja dengan rakyat. (hlm. 25).
9.
Berbakti kepada negara dengan menggunakan kegagahan yang dimiliki. kegagahan luar biasa yang
dimiliki oleh seseorang boleh digunakan untuk berbakti kepada negara dan raja.
Kegagahan luar biasa yang dimiliki oleh Badang telah dimanfaatkannya untuk
berbakti kepada negara apabila dia berjaya menewaskan beberapa orang hulubalang
yang gagah dalam pertarungan antara Badang dengan Nadi Bija Biakra dan
Benderang. Kebaktian yang ditunjukkan oleh Badang menggunakan kegagahan yang
dimilikinya telah berjaya mengangkat maruah Singapura yang memiliki hulubalang
yang gagah. Jika sekiranya Badang tidak sanggup berbakti menggunakan
kegagahannya pasti Singapura akan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang lemah.
Kegagahan yang dimiliki oleh seseorang individu seharusnya digunakan untuk
menghulurkan bakti kepada negara. (hlm. 50 – 51).
10.
Berbakti kepada raja dengan golongan pembesar membantu raja naik tahkta. Golongan pembesar mempunyai
tanggungjawab untuk menabalkan seseorang raja menaiki takhta sesebuah
kerajaan.Seri Nara Diraja dan pembesar-pembesar yang lain telah bekerjasama
membantu Raja Kassim dalam perebutan takhta dengan Raja Rekan. Menerusi bantuan
yang dihulurkan oleh bendahara akhirnya Raja Rekan berjaya dibunuh dan akhirnya
Raja Kassim ditabalkan menjadi sultan dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Jika
sekiranya Para pembesar tidak membantu Raja Kassim dalam perebutan takhta
tersebut pasti Raja Kassim tidak dapat berkuasa, kemungkinan tercetusnya perang
saudara akan berlaku. (hlm. 85-86).
11.
Berbakti kepada raja dengan sanggup berdepan dengan bahaya. Biarpun terpaksa berhadapan
dengan kemungkinan akan terbunuh dengan situasi bahaya yang terpaksa ditempuhi,
bakti kepada raja adalah suatu nilai kemanusiaan yang sentiasa menjadi pegangan
masyarakat melayu tradisional. Sang Si Perba telah menitahkan hulubalangnya
Permasku Mambang untuk membunuh ular sakti mona. Kesanggupan Permasku Mambang
berbakti kepada raja telah membolehkannya membunuh ular yang berbahaya itu.
Jika sekiranya Permasku Mambang tidak sanggup untuk berbakti kepada raja pasti
ular mona sakti tidak akan dapat dibunuh dan ianya munkin akan mengancam
keselamatan rakyat jelata. Biarpun berdepan dengan bahaya generasi hari ini
sewajarnya perlu menyumbang bakti demi memastikan negara berada dalam keadaan
selamat dari ancaman musuh. (hlm. 28)
Ilmu yang bermanfaat untuk saya mengetahui tentang sastera sejarah melayu.
ReplyDelete